Posts

Showing posts from 2009

Bila penjenayah berpolitik

Dalam abad ke20 dan ke21 ini idea tentang demokrasi semakin subur menjalar keseluruh pelusuk dunia. Jika kita kembali melihat sejarah lalu, hampir semua negara yang dijajah oleh koloni-koloni barat dan eropah telah bertukar menjadi republik atau muncul sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Semua benua didunia telah dijangkiti oleh semangai demokrasi bermula dengan Revolusi Perancis dan Revolusi Industri di Eropah kemudian kemerdekaan Amerika Syarikat dan kemudian beberapa peperangan telah berlaku termasuk Perang Dunia Pertama dan Kedua yang berjaya mengubah lanskap politik dunia kepada amalan demokrasi. Demokrasi sebenarnya satu sistem yang amat baik dan telah dikemaskini dari sistem musyawarah yang diperkenalkan oleh islam melalui Rasulullah SAW melalui persetujuan ramai berhubung perlantikan khalifah untuk memerintah sehingga ia dipadamkan oleh kerajaan-kerajaan islam berikutnya kepada sistem monarki. Pemilihan pemimpin dibuat oleh  sesetengah individu yang rapa...

Taksub politikus berparti

Negara ini telah diperintah secara demokrasi selama lebih 52 tahun namun masih lagi terlalu awal untuk memberikan pengkelasan kelas pertama atau politikus yang disegani. Berbagai peristiwa dan angkara yang memalukan telah dilakukan oleh kebanyakan politikus negara. Dari sebesar-besar kes sehingga soalan-soalan remeh yang dibangkitan di parlimen atau dewan negeri. Mereka dipilih oleh rakyat bagi memenuhi ispirasi dan kehendak perlembagaan namun kebanyakan tindakan dan suara hanyalah retorik dari emosi berparti atau dendam sendiri. Memang tidak dinafikan ada sebilangan mereka yang berusaha untuk berfungsi sebaik mungkin dan sebagai semak imbang kerajaan. Wakil rakyat kerajaan kebanyakannya pula lebih akur dengan kehendak parti walaupun isu-isu yang sepatutnya mereka tegur. Begitu juga wakil rakyat pembangkang yang sengaja mencipta beberapa isu yang remeh kerana inginkan populariti tetapi gagal untuk menunjukkan fungsi yang lebih membina. Ahli politik kerajaan pula agak malas dan jar...

Janji setia hindar melompat...

Baru-baru ini kedengaran pula isu janji taat setia (bai'ah) yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang turut diakui oleh beberapa pimpinan PAS. Ia dilakukan untuk mengelakkan individu yang diangkat menjadi wakil rakyat supaya setia dan tidak dijerat oleh mana-mana kumpulan supaya bersama mereka yang kesannya boleh menafikan kuasa pemerintaha sesebuah negeri seperti yang berlaku di Perak hampir 9 bulan yang lalu. Ikrar dan taat setia adalah satu perkara wajib bagi menjamin sesebuah parti atau organisasi itu berjalan dengan lancar tanpa diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Ia juga sebagai sumpah taat setia ahli kepada organisasi yang mesti disandarkan kepada akibat jika ia melanggarnya. Pada zaman dahulu sama ada melayu atau arab akan bersumpah demi menyatakan kejujurannya dengan bermacam-macam akibat sehingga digelar sumpah laknat. Namun pada akhir-akhir ini wujudnya golongan 'sesumpah' yang tidak takut dilaknat kerana merasakan akibat akan berlaku bersandarkan dengan n...

Bila ulama dan umara' berpolitik...

Umumnya semua mengetahui parti-parti politik di Malaysia ini di kuasai atau ditokohi oleh berbagai ideologi. Ada yang berideologi Sosialis, Nasionalis, Liberalis, Komunis, Racis dan religionis. Suatu ketika dahulu dunia demokrasi dipimpin oleh golongan-golongan sosialis dan nasionalis akibat daripada tekanan atau kezaliman pemerintah feudal atau autokratik yang sering melakukan penindasan keatas kumpulan-kumpulan tertentu. Jika kita melihat sejarah tentang bagaimana tercetusnya kebangkitan kumpulan-kumpulan radikal melawan penjajahan kuasa imperial sehingga tercetusnya beberapa siri serangan dan pemberontakan. Selepas beberapa peristiwa bersejarah tertubuhnya beberapa buah negara yang digelar republik atau negara demokrasi berpelembagaan dengan melucutkan kuasa eksekutif keatas golongan monarki. Golongan ahli-ahli agama islam yang dikenali sebagai ulama juga tidak ketinggalan dalam menubuhkan parti bagi mendapatkan kuasa memerintah dan bersaing dengan beberpa kumpulan lain diatas p...

Politik yang busuk lagi membusukkan

Sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei yang masih tidak jelas siapa dalang sebenarnya untuk kita sama-sama mengambil iktibar akibat yang telah ditanggung oleh setiap lapisan masyarakat. Sikap waspada dan saling berprasangka terutamanya  diantara Melayu dan Cina agak mengecewakan. Syukurlah fahaman kebencian ini sudah semakin terhakis sejak kebelakangan ini setelah kedua-dua kaum yang terbesar ini mampu bersama-sama dalam satu ideologi atau bersepakat dalam mencapai satu impian memilih kerajaan yang lebih adil dan saksama untuk mentadbir negara. Setelah 52 tahun negara ini menyabut ulangtahun kemerdekaannya dari kuasa penjajahan British banyak perubahan dapat dirasai termasuk kegiatan politik. Walaubagaimanapun masih ada pengaruh dan propaganda penjajah yang masih tebal dan diamalkan oleh sesetengah ahli politik dan para pimpinan negara. Mereka masih lagi terbelenggu oleh fahaman autokratik atau menidakkan kebebasan berfikir dan bersuara oleh masyarakat amnya atas alasan keselamatan...

Tazkirah untuk parti yang menguasai...

Sudah hampir 20 bulan parti-parti yang bertanding memegang kuasa setelah dipilih dan menang  dengan majoriti walaupun tidak sampai dua pertiga. Hasrat rakyat dan kuasanya kali ini betul-betul digeruni oleh para politikus tempatan. Umumnya semua telah mempercayai bahawa inilah hakikat yang harus ditelan dalam sebuah negara demokrasi. Bagi para pengundi pula terutamanya yang tidak berparti atau yang tersimpan perasaan benci kepada pemimpin tertentu atau parti sendiri agak tergamam kerana tidak menduga keputusannya menjadi begini. Walaubagaimanapun ia adalah sebuah manifestasi yang menjadi realiti apabila kita masing-masing berkuasa untuk menentukan satu undi. Syabas untuk mereka golongan yang berjaya mengekalkan kuasa harus menginsafi atau bermuhasabah terutamanya dalam setiap urusan rasmi agar tidak terjerumus dalam kekhilafan mencari untung sendiri, menjaga kroni secara membuta tuli dan terlalu menurut hawa nafsu yang terbukti rugi. Para pengundi kini sudah tidak lagi menjadi pen...

Aduhai pembangkang berhentilah berbulan madu

Setelah kemenangan yang agak besar diperoleh pada pilihanraya yang lalu, pakatan rakyat sepatutnya lebih matang dalam menghadapi situasi-situasi dan serangan media prokerajaan yang sengaja menggoncang atau cuba menconteng arang. Para pimpinannya juga harus lebih tenang dan perlu tunjukkan kemampuan agar lebih ramai rakyat akan tidak segan silu memberi sokongan sekali lagi pada pilihanraya akan datang. Sebenarnya pakatan rakyat menang bukan disebabkan keahlian bertambah dan memperoleh undi dari penyokong setia namun sebenarnya ia lebih kepada rasa bosan pengundi  dari luar parti  atau ahli sendiri kepada barisan nasional. Jika pakatan pembangkang tidak lagi menoleh kebelakang dan tidak berusaha untuk menunjukkan sikap yang matang maka nasib tidak lagi akan menyebelahi untuk memenangi hati pengundi. Mereka harus bekerja dengan kreatif untuk mencapai apa yang menjadi janji serta berusaha menawarkan kepada rakyat apa yang boleh menyebabkan rakyat yakin kepada mereka untuk dipili...

Politik dengan profesional dan bermaruah

Saban hari kita disajikan dengan gelagat-gelagat mereka yang berparti ini baik menteri atau wakil rakyat yang kadang-kadang memualkan. Walaupun kita baru hampir 60 tahun menggenggam demokrasi namun ia bukanlah alasan untuk berperangai seperti labi-labi bila malu sorokkan diri bila lawan biar sampai mati walau isunya hanya secebis roti atau terus menyondol membuta tuli. Ahli politik negara ini perlulah menunjukkan contoh kepada ramai pengikut mereka yang kebanyakan menyokong membuta tuli. Jika kita berjaya menunjukkan contoh kepada pengikut-pengikut maka pengamal demokrasi di negara ini akan mempunyai mentaliti yang tinggi. Bila pilihanraya jajalah isu kesana sini, sabotajlah jika ada ruang diberi, berkempenlah untuk menambat hati atau gunalah apa-apa kaedah bagi meraih undi. Kini bila masing-masing menang kerusi namun masih lagi berkelahi sesama sendiri semacam tidak mahu menerima kekalahan yang terbukti. Dendam yang membara digunakan untuk cuba menjatuh dan menolak lawan dari ke...

Belanjawan...Biayawan...

Bila oktober hampir berakhir setiap tahun, majoriti rakyat akan membicarakan tentang belanjawan yang akan diumumkan kerajaan oleh menteri kewangan. Sebenarnya ia bukanlah satu kewajipan namun ia sebenarnya tuntutan untuk dicadangkan didalam dewan supaya dewan rakyat boleh meluluskan satu rang undang-undang bagi perbelanjaan kerajaan di tahun hadapan. Setiap perbelanjaan sebenarnya adalah permintaan atau hasil cadangan setiap kementerian daripada jabatan atau bahagian masing melalui kertas-kertas cadangan. Namun ada juga permintaan dari beberpa pemimpin atasan bagi memenuhi keperluan dan permintaan beberapa kumpulan bagi menjaga sokongan. Perbelanjaan pula mestilah berteraskan jumlah pendapatan namun agak malang setiap perbelanjaan kerajaan selalunya berlebihan dari pendapatan diluar kemampuan. Pendapatan sesebuah negara sebahagian besarnya datang dari hasil perkhidmatan, percukaian, perlombongan, pertanian dan perkilangan. Dalam bahasa mudahnya perniagaan sama ada memerlukan moda...

Polemik politik tanahairku

Baru 18 bulan berlalu gelora pilihanraya di negaraku namun sisa tempiasnya masih membasahi. Ditambah pula dengan gelombang-gelombang kecil pilihanraya kecil yang berlalu satu persatu. Semua pihak saling beradu memangkah kaki sambil berlalu, berteriak bertengkar cabar mencabar sehingga ada yang tidak dapat menahan sabar. Kesiannya para pengikut yang selalu tersangkut dengan jengkaut-jengkaut yang punya kuasa. Di heret ke sana ditarik kesini dan kadang-kadangnya hanya mengikut membuta tuli tak ubah seperti hamba abdi. untungnya pembodek mengadu domba menulis berita atau memberi buah fikiran bersahaja agar dapat menjadi gula kepada sesiapa yang tahu akan kepentingannya. Ramailah manusia membuat andaian atau mengulas apa yang dikata atau diberita seolah-olah mereka tahu segalanya. Sedih bila ada juga yang buat tak tahu saja sebab malas nak berfikir dan masuk campur dengan mereka. Suka juga bila suasanan ini sekali sekala membuka pekung didada atau banyak juga cerita-cerita baru yang k...

Berpolitiklah sebaiknya...

Negara akan di nakhoda oleh mereka yang mendapat kuasa melalui pilihanraya setiap 4 - 5 tahun tempoh berkuasa. Setiap kali pesta pilihanraya, maka bermacam ragamlah semua. Bermacam taktik dan cara untuk memikat hati memilih calon dan parti yang dihajati. Banyak janji serta harapan ditabur walaupun kebanyakan akan melebur. Semua orang bercerita tentang suasananya ada yang memberi idea dengan bergaya dengan harapan mereka dapat sokongan. Adakalanya jerat dipasang untuk menangkap musang walaupun umpannya hanya sebiji pisang. Amaran juga bergema dengan nada yang serupa supaya sokongan diberikan kepadanya. Ramai yang terkena dan ada juga yang merana namun segalanya hanya untuk pesta pilihanraya. Majoritinya akan gembira kerana yang dipilihnya menang dan mendapat kuasa. Minoritinya kecewa kerana tidak berjaya mendapat apa-apa atau hilang kuasa yang selam ini dalam gengamannya. Bila dah habis musim pilihanraya, ramai juga dah mula lupa tapi masih lagi ada yang menyambung propaganda aki...

Politik Rakyat Malaysia Sekarang

Umumnya semua orang tahu, sejak pilihanraya umum tahun lalu dan berkesinambungan dengan pilihanraya-pilihanraya kecil dengan segala sebab musabab terutamanya kematian. Hasil dari pertandingan mengundi ini ramai yang membuat banyak kesimpulan dan pandangan bagi menggambarkan perasaan dan sokongan oleh warganegara yang berkuasa memilih. Ada pihak yang mengaku sudah mendapat sokongan dan ada juga yang tuduh menuduh dengan mengandaikan sudah hilang pengaruh. Bagi golongan yang menang hati mereka berasa senang dan puas dengan usaha dan semangat yang diberikan selama ini kepada parti namun realiti sebenarnya mereka sebenarnya perlukan momentum yang lebih kuat bagi mempengaruhi rakyat kerana kuasa tersebut amat kuat untuk menentukan kuasa mereka terus terpahat dan memanjangkan jangka hayat. Bagi parti yang kalah, mereka tak perlu berasa lelah dan gundah kerana rakyat kita sebenarnya telah matang dan sememangnya sedang berada di fasa berpolitik secara matang. Mereka menjadikan pilihanra...

Pilihanraya, pilihan saya,

Setiap warganegara yang hidup di negara demoratik dan republik mesti berkuasa untuk memilih pemimpin yang mereka suka dan harapkan dengan berbagai harapan.Sebut pasal harapan, maka macam-macamlah permintaan buat calon yang masuk gelanggang pertandingan. Maka banyaklah sogokkan atau manisan yang selalunya bukan-bukan selain muka kesian bagi mendapatkan satu undian. Itulah bezanya demokrasi dengan kesultanan atau khalifah dengan konsep pemerintahan berkerajaan. Semua ini mungkin takdir tuhan bagi manusia di akhir zaman juga sebagai ujian kepada mereka yang mahu jadi pemerintah atau ahli politik picisan. Pilihanraya selalunya serba serbi penuh dengan aksi lidah berlawan, dan berjanjian  dengan tangan memberi sogokan atau pertolongan yang sememangnya tidak besertakan keikhlasan. Ramai calon-calon bermati-matian untuk merebut jawatan sampai kadang-kadang lupa dengan tuhan yang sebenarnya menentukan. Ramai juga yang menjadi ikutan tanpa pernah memikirkan baik buruk calon yang ...

Politiking di Malaysia

Kebelakangan ini, suasana politik di Malaysia telah berubah semenjak kontrovesi pemecatan seorang TPM dengan perhimpunan dan tunjuk perasaan yang sememangnya diakui gelombangnya cukup merisaukan pemerintah. Namun begitu, gelombang itu belum lagi kuat untuk mewujudkan satu revolusi walaupun banyak di uar-uarkan berita dan cerita sensasi dengan bermacam-macam teori konfrantasi. Majoriti rakyat Malaysia sebenarnya tidak menyukai politik-politik yang penuh dengan lakonan, samseng, fitnah dan penuh dengan sikap-sikap kesombongan. Mereka lebih suka berfikiran pertengahan kerana demokrasi berpelembagaan memberi ruang untuk mereka menukar kerajaan jika berasa bosan dan ramai juga yang tidak suka terhadap sikap ahli politik yang terlalu kepartian tanpa memikirkan apa sebenarnya prinsip-prinsip kerajaan berpelembagaan. Laman ini diwujudkan bukan untuk tujuan menyebelahi mana-mana kumpulan kepartian jauh sekali  untuk menghasut marhain tetapi hanya mahu berfikir sejenak, mencurah ...