Posts

Showing posts from October, 2010

Politikus: Dari Feudalisme ke Kapitalisme kemudian Liberalisme

Sedar atau tidak dari zaman berzaman sejak manusia mula membentuk kerajaan dan tamadun-tamadun yang hebat, siapakah yang sentiasa dikeliling pemerintah. Siapakah yang menyokong dan menentukan siapa yang patut memerintah atau mengepalai sesebuah kerajaan. Sejak zaman purba lagi sebelum lahirnya demokrasi manusia mendapat kuasa melalui kekuatan tenaga seperti yang termaktub dalam kisah dua anak manusia (Nabi Adam a.s) terawal Habil dan Qabil. Apabila manusia berkembang biak dan pada zaman Nabi Nuh a.s. mereka sudah mempunyai struktur politik yang agak maju. Golongan pembesar yang berkuasa terdiri dari golongan yang berharta dan mempunyai ramai anak dari pengaruh sanak saudara. Moral bagi mereka bukan kriteria penting untuk berkuasa. Perusahaan dan harta adalah faktor utama untuk berkuasa kerana dengannya mereka boleh memiliki kekuatan pekerja dan tentera. Zaman pertengahan sebelum masihi dan beberapa abad selepasnya manusia telah pandai menggunakan senjata bagi memperluaskan kuasa. Ker