Belanjawan...Biayawan...


Bila oktober hampir berakhir setiap tahun, majoriti rakyat akan membicarakan tentang belanjawan yang akan diumumkan kerajaan oleh menteri kewangan. Sebenarnya ia bukanlah satu kewajipan namun ia sebenarnya tuntutan untuk dicadangkan didalam dewan supaya dewan rakyat boleh meluluskan satu rang undang-undang bagi perbelanjaan kerajaan di tahun hadapan.

Setiap perbelanjaan sebenarnya adalah permintaan atau hasil cadangan setiap kementerian daripada jabatan atau bahagian masing melalui kertas-kertas cadangan. Namun ada juga permintaan dari beberpa pemimpin atasan bagi memenuhi keperluan dan permintaan beberapa kumpulan bagi menjaga sokongan. Perbelanjaan pula mestilah berteraskan jumlah pendapatan namun agak malang setiap perbelanjaan kerajaan selalunya berlebihan dari pendapatan diluar kemampuan.

Pendapatan sesebuah negara sebahagian besarnya datang dari hasil perkhidmatan, percukaian, perlombongan, pertanian dan perkilangan. Dalam bahasa mudahnya perniagaan sama ada memerlukan modal atau tidak selain cukai pendapatan ke atas individu atau perniagaan. Setiap pendapatan yang diperolehi akan dikumpul dalam satu takungan kewangan yang dinamakan kumpulan wang yang disatukan. Negara ini sebenarnya bergerak dalam satu gerakan perbelanjaan dan pendapatan mengikut cara konvensional dengan pendapatan percukaian dengan hasil semulajadi serta faedah kewangan daripada pinjaman-pinjaman yang telah ditetapkan.

Kita selalu di momokkan dengan apakah perolehan dari rancangan perbelanjaan kerajaan namun kita tidak berapa nampak tentang implikasi kewangan dan kemampuan kerajaan menambah pendapatan. Rakyat hanya terdedah dengan rancangan pembelanjaan kerajaan melalui pelan-pelan pembiayaan yang selalunya kebanyakan daripadanya adalah manisan-manisan yang sebenarnya sukar ditelan oleh orang-orang kebanyakan. Belanjawan yang diumumkan selalunya adalah pelan pembiayaan untuk memenuhi impian segolongan kumpulan bagi meneruskan perniagaan atau menambah keuntungan tanpa memikirkan kerugian kerana kerugian selalunya ditanggung oleh rakyat kebanyakan.

Maka lahirlah belanjawan yang dipunyai oleh biayawan yang terus mengira keuntugan untuk diisi dalam dompet bajingannya. Semoga apa yang difikirkan ini hanyalah tanggapan.


Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang