Berpolitiklah sebaiknya...

Negara akan di nakhoda oleh mereka yang mendapat kuasa melalui pilihanraya setiap 4 - 5 tahun tempoh berkuasa.

Setiap kali pesta pilihanraya, maka bermacam ragamlah semua. Bermacam taktik dan cara untuk memikat hati memilih calon dan parti yang dihajati. Banyak janji serta harapan ditabur walaupun kebanyakan akan melebur. Semua orang bercerita tentang suasananya ada yang memberi idea dengan bergaya dengan harapan mereka dapat sokongan.

Adakalanya jerat dipasang untuk menangkap musang walaupun umpannya hanya sebiji pisang. Amaran juga bergema dengan nada yang serupa supaya sokongan diberikan kepadanya. Ramai yang terkena dan ada juga yang merana namun segalanya hanya untuk pesta pilihanraya. Majoritinya akan gembira kerana yang dipilihnya menang dan mendapat kuasa. Minoritinya kecewa kerana tidak berjaya mendapat apa-apa atau hilang kuasa yang selam ini dalam gengamannya.

Bila dah habis musim pilihanraya, ramai juga dah mula lupa tapi masih lagi ada yang menyambung propaganda akibat kecewa dan tak mampu menerima kehendak ramai orang. Banyak pula agenda untuk merampas kuasa sehingga ada yang lupa larangan yang maha kuasa. Masing-masing berlawan kata sampai lupa akan kuasa yang diberkan itu hanya sementara kerana 4-5 tahun lagi musim memilih kembali menjelang tiba.

Masing-masing membuat kerja agar semua orang nampak kebolehannya. Namun ada juga yang lupa kepada tanggungjawab mereka. Sedihnya bila orang yang memilih hanya ketawa dan tak peduli tentang orang yang dipilihnya sehinggalah tibanya hari pihanraya semula.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang