Janji setia hindar melompat...

Baru-baru ini kedengaran pula isu janji taat setia (bai'ah) yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang turut diakui oleh beberapa pimpinan PAS. Ia dilakukan untuk mengelakkan individu yang diangkat menjadi wakil rakyat supaya setia dan tidak dijerat oleh mana-mana kumpulan supaya bersama mereka yang kesannya boleh menafikan kuasa pemerintaha sesebuah negeri seperti yang berlaku di Perak hampir 9 bulan yang lalu.

Ikrar dan taat setia adalah satu perkara wajib bagi menjamin sesebuah parti atau organisasi itu berjalan dengan lancar tanpa diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Ia juga sebagai sumpah taat setia ahli kepada organisasi yang mesti disandarkan kepada akibat jika ia melanggarnya. Pada zaman dahulu sama ada melayu atau arab akan bersumpah demi menyatakan kejujurannya dengan bermacam-macam akibat sehingga digelar sumpah laknat. Namun pada akhir-akhir ini wujudnya golongan 'sesumpah' yang tidak takut dilaknat kerana merasakan akibat akan berlaku bersandarkan dengan niat.

Ada sebuah parti mengikat persetiaan dengan surat akuan mengosongkan kerusi jika melompat. Terkini pula menyatakan mereka berjanji dengan mentalakkan isteri dengan talak tiga jika melompat atau melanggar janji. Sebenarnya setiap parti atau organisasi mempunyai syarat-syarat yang tersendiri mengikut janji-janji yang terpaksa diakui bagi menjadi calon seterusnya memenangi pilihanraya.Ini semua sebenarnya telah mempermainkan janji dalam sistem demokrasi. Ia tidak lebih dari mentaliti kelas ketiga dengan para pengundinya juga dalam menjayakan demokrasi.

Sebenarnya proses demokrasi itu membentuk pimpinan atau sebenarnya pihak lokaliti (penduduk setempat) yang berkuasa memilih pimpinan tanpa terikat dengan mana-mana kumpulan. Parti sebenarnya bertujuan membentuk visi dan kemahuan. Parti membuatkan para individu yang bergelar wakil rakyat itu berada dalam satu kesatuan untuk memudahkan pengurusan.Demokrasi itu boleh berjalan jika setiap kawasan kedaerahan itu dipimpin oleh seorang wakil yang berjaya memenangi pilihanraya namun dia perlu bekerja kuat untuk mencipta slogan dan kerja-kerja kempen yang besar. Inilah sebenarnya untuk difikirkan betapa pentingnya parti.

Setiap parti sememangnya berkuasa mengawal ahli begitu juga seorang ahli boleh saja dengan sukarela keluar parti. Setiap ahli juga bebas untuk menabur janji berikrar taat setia kepada sebuah parti tetapi agak tidak bermoral menjadikan isteri sebagai galang ganti bagi meneruskan agenda perjuangan diri. Kebaikannya pula agak sukar untuk melanggari janji kerana akibat yang diikrarkan itu terlalu berat bagi seorang suami. Namun kesimpulannya adakah kita terlalu berparti sehingga moral kita juga dikongkong parti sehingga kita lupa kita ini hanyalah roh dan jasmani yang hanya bertanggungjawab kepada ilahi dan apa saja disekeliling kita ini hanya ujian bagi kesenangan yang kekal abadi. 

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang