Politik Rakyat Malaysia Sekarang

Umumnya semua orang tahu, sejak pilihanraya umum tahun lalu dan berkesinambungan dengan pilihanraya-pilihanraya kecil dengan segala sebab musabab terutamanya kematian. Hasil dari pertandingan mengundi ini ramai yang membuat banyak kesimpulan dan pandangan bagi menggambarkan perasaan dan sokongan oleh warganegara yang berkuasa memilih.

Ada pihak yang mengaku sudah mendapat sokongan dan ada juga yang tuduh menuduh dengan mengandaikan sudah hilang pengaruh. Bagi golongan yang menang hati mereka berasa senang dan puas dengan usaha dan semangat yang diberikan selama ini kepada parti namun realiti sebenarnya mereka sebenarnya perlukan momentum yang lebih kuat bagi mempengaruhi rakyat kerana kuasa tersebut amat kuat untuk menentukan kuasa mereka terus terpahat dan memanjangkan jangka hayat.

Bagi parti yang kalah, mereka tak perlu berasa lelah dan gundah kerana rakyat kita sebenarnya telah matang dan sememangnya sedang berada di fasa berpolitik secara matang. Mereka menjadikan pilihanraya sebagai medan menghukum sesiapa sahaja yang dirasakan patut dihukum. Oleh sebab itu, apabila yang tewas masih tidak mahu berubah dan bermuhasabah mengkaji sebab mengapa mereka kalah. Mereka yang menang pun sebenarnya tidak perlu terlalu senang kerana para pengundi kita sudah tidak takut risiko untuk menukar pemerintah.

Kuasa rakyat sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah dipengaruhi dengan janji dan gula-gula menarik undi atau menagih simpati. Mereka tidak juga suka kepada yang selalu membawa kata-kata maki dan membenci untuk meraih undi. Pengundi kita sebenarnya banyak memberi undi bagi calon yang mereka senangi tanpa memikirkan asal parti. Calon yang mereka rasa senang dihormati dan boleh menunai janji akan diberi undi.

Rakyat Malaysia sudah bijak mengundi.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang