Politik yang busuk lagi membusukkan


Sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei yang masih tidak jelas siapa dalang sebenarnya untuk kita sama-sama mengambil iktibar akibat yang telah ditanggung oleh setiap lapisan masyarakat. Sikap waspada dan saling berprasangka terutamanya  diantara Melayu dan Cina agak mengecewakan. Syukurlah fahaman kebencian ini sudah semakin terhakis sejak kebelakangan ini setelah kedua-dua kaum yang terbesar ini mampu bersama-sama dalam satu ideologi atau bersepakat dalam mencapai satu impian memilih kerajaan yang lebih adil dan saksama untuk mentadbir negara.


Setelah 52 tahun negara ini menyabut ulangtahun kemerdekaannya dari kuasa penjajahan British banyak perubahan dapat dirasai termasuk kegiatan politik. Walaubagaimanapun masih ada pengaruh dan propaganda penjajah yang masih tebal dan diamalkan oleh sesetengah ahli politik dan para pimpinan negara. Mereka masih lagi terbelenggu oleh fahaman autokratik atau menidakkan kebebasan berfikir dan bersuara oleh masyarakat amnya atas alasan keselamatan negara.


Demokrasi sebenarnya cukup baik namun seringkali dicemari oleh segelintir politikus rakus yang gila kuasa. Seringkali terdengar banyak operasi yang menangkap orang-orang politik dan selalunya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri namun tidak pernah didakwa di mahkamah. Mungkin pihak pemerintah mahu mengelakkan keadaan menjadi lebih tidak terkawal namun setiap tangkapan tidak disusuli dengan dakwaan.Seharusnya demokrasi itu berjalan dengan penuh kebebasan selagi tidak melanggari batas-batas peraturan atau berlawanan dengan perlembagaan. Namun kita selalu melihat segala tindakan yang dibuat sebenarnya bermotifkan kawalan melampaui batasan sehingga ada peristiwa pembunuhan.


Wahai ahli politik sekelian janganlah kerana mengejar cita untuk berkuasa atau mengekalkan kuasa segala jentera dan pengaruh didalam kerajaan bagi bertindak diluar batasan. Seringkali kita terdedah dengan banyak masalah yang ditimbulkan oleh agensi kerajaan akibat salah guna kuasa bagi mengekang lawan dalam pentas mencari pengaruh. SSikap tidak profesional kakitangan kerajaan juga jelas menunjukkan mereka juga tersepit dengan permainan para politikus yang sering bertidak atas arahan walaupun ia bersalahan dengan peraturan.Sepatutnya pentas demokrasi perlembagaan ini haruslah lebih mementingkan semangat berlawan melalui hujahan yang boleh dinilai dan difikirkan oleh rakyat kebanyakkan dalam mencari kebenaran siapakah yang layak sebenarnya menerajui sebuah kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang