Politiking di Malaysia
Kebelakangan ini, suasana politik di Malaysia telah berubah semenjak kontrovesi pemecatan seorang TPM dengan perhimpunan dan tunjuk perasaan yang sememangnya diakui gelombangnya cukup merisaukan pemerintah.
Namun begitu, gelombang itu belum lagi kuat untuk mewujudkan satu revolusi walaupun banyak di uar-uarkan berita dan cerita sensasi dengan bermacam-macam teori konfrantasi.
Majoriti rakyat Malaysia sebenarnya tidak menyukai politik-politik yang penuh dengan lakonan, samseng, fitnah dan penuh dengan sikap-sikap kesombongan.
Mereka lebih suka berfikiran pertengahan kerana demokrasi berpelembagaan memberi ruang untuk mereka menukar kerajaan jika berasa bosan dan ramai juga yang tidak suka terhadap sikap ahli politik yang terlalu kepartian tanpa memikirkan apa sebenarnya prinsip-prinsip kerajaan berpelembagaan.
Laman ini diwujudkan bukan untuk tujuan menyebelahi mana-mana kumpulan kepartian jauh sekali untuk menghasut marhain tetapi hanya mahu berfikir sejenak, mencurah fikiran atau menggalas harapan agar negara ini terus aman dan diperintah oleh kerajaan pilihan agar ia diberkati TUHAN.
Pandanganku tentang semua ini, berpolitiklah selagi segalanya tidak merosakkan, menjahanamkan dan apa-apa gelangangan dan lakonan selagi tidak menyalahi atau dibenci TUHAN.
Comments
Post a Comment