Bila ulama dan umara' berpolitik...

Umumnya semua mengetahui parti-parti politik di Malaysia ini di kuasai atau ditokohi oleh berbagai ideologi. Ada yang berideologi Sosialis, Nasionalis, Liberalis, Komunis, Racis dan religionis.

Suatu ketika dahulu dunia demokrasi dipimpin oleh golongan-golongan sosialis dan nasionalis akibat daripada tekanan atau kezaliman pemerintah feudal atau autokratik yang sering melakukan penindasan keatas kumpulan-kumpulan tertentu. Jika kita melihat sejarah tentang bagaimana tercetusnya kebangkitan kumpulan-kumpulan radikal melawan penjajahan kuasa imperial sehingga tercetusnya beberapa siri serangan dan pemberontakan. Selepas beberapa peristiwa bersejarah tertubuhnya beberapa buah negara yang digelar republik atau negara demokrasi berpelembagaan dengan melucutkan kuasa eksekutif keatas golongan monarki.

Golongan ahli-ahli agama islam yang dikenali sebagai ulama juga tidak ketinggalan dalam menubuhkan parti bagi mendapatkan kuasa memerintah dan bersaing dengan beberpa kumpulan lain diatas pentas demokrasi.Bermula dengan kebangkitan golongan Ikhwanul Muslimin dalam pelbagai  peristiwa di Mesir banyak mempengaruhi kumpulan-kumpulan politik islam di Asia Tenggara. Kewujudan Hizbullah di selatan Lubnan dengan diikuti perjuangan Hamas di tanah Palestin bagi mengimbangi kuasa nasionalis Fatah serta sejarah kejayaan perjuangan islam oleh para ulama paling besar dengan tumbangnya pemerintahan Shah Iran melalui revolusi Islam Iran yang bertahan sehingga kini.

Para ulama-ulama ini telah berjaya mewujudkan satu pengaruh dan pengikut tersendiri akibat tidak berpuashati dengan golongan nasionalis dan sosialis seagama yang sering menjadikan dunia politik terlalu hipokrit dan penuh dengan korupsi. Mereka ini lebih berdisiplin dengan menanam semangat perjuangan berdasarkan dosa dan pahala serta tuntutan berlaku adil serta menjaga amanah kerana takwa kepada Allah swt. Mereka mula berpengaruh dengan tertubuhnya madrasah-madrasah pengajian dakwah islamiah dan seterusnya mendapat pengikut-pengikut yang terdiri daripada murid-murid yang amat menghormati (wala') tuan guru atau mudir-mudir mereka.

Kini dapat kita saksikan terjadinya pertembungan ideologi matang apabila pengaruh mereka melebar sehingga diterima oleh golongan profesional yang datang dari pelajar-pelajar aliran sekular namun lebih selesa berjuang dan bercampur dengan golongan pelajar aliran agama. Persilangan idea dari  para sarjana ilmu mantik dan logik dengan para sarjana dari ilmu hadis dan hukum termasuk feqah,usuluddin, syariah yang membawa impak yang menggelegak. Antara ulama dan umara' kita akan dapati sentiasa ada perselisihan faham kerana cabang asal umbi fikiran mereka dari fahaman yang berlainan.  Hasilnya banyak teori-teori dan pandangan yang melahirkan perbezaan namun memerlukan kekuatan iman dalam membentuk satu ukhwah persamaan dalam mengeratkan perjuangan dengan cabaran propaganda musuh politik kebendaan.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang