Pilihanraya, pilihan saya,

Setiap warganegara yang hidup di negara demoratik dan republik mesti berkuasa untuk memilih pemimpin yang mereka suka dan harapkan dengan berbagai harapan.Sebut pasal harapan, maka macam-macamlah permintaan buat calon yang masuk gelanggang pertandingan.


Maka banyaklah sogokkan atau manisan yang selalunya bukan-bukan selain muka kesian bagi mendapatkan satu undian. Itulah bezanya demokrasi dengan kesultanan atau khalifah dengan konsep pemerintahan berkerajaan. Semua ini mungkin takdir tuhan bagi manusia di akhir zaman juga sebagai ujian kepada mereka yang mahu jadi pemerintah atau ahli politik picisan.


Pilihanraya selalunya serba serbi penuh dengan aksi lidah berlawan, dan berjanjian  dengan tangan memberi sogokan atau pertolongan yang sememangnya tidak besertakan keikhlasan. Ramai calon-calon bermati-matian untuk merebut jawatan sampai kadang-kadang lupa dengan tuhan yang sebenarnya menentukan.


Ramai juga yang menjadi ikutan tanpa pernah memikirkan baik buruk calon yang diikutnya itu. Ada juga yang terus memilih walaupun yang dipilhnya itu perangai macam hantu.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang