Taksub politikus berparti
Negara ini telah diperintah secara demokrasi selama lebih 52 tahun namun masih lagi terlalu awal untuk memberikan pengkelasan kelas pertama atau politikus yang disegani. Berbagai peristiwa dan angkara yang memalukan telah dilakukan oleh kebanyakan politikus negara. Dari sebesar-besar kes sehingga soalan-soalan remeh yang dibangkitan di parlimen atau dewan negeri.
Mereka dipilih oleh rakyat bagi memenuhi ispirasi dan kehendak perlembagaan namun kebanyakan tindakan dan suara hanyalah retorik dari emosi berparti atau dendam sendiri. Memang tidak dinafikan ada sebilangan mereka yang berusaha untuk berfungsi sebaik mungkin dan sebagai semak imbang kerajaan. Wakil rakyat kerajaan kebanyakannya pula lebih akur dengan kehendak parti walaupun isu-isu yang sepatutnya mereka tegur. Begitu juga wakil rakyat pembangkang yang sengaja mencipta beberapa isu yang remeh kerana inginkan populariti tetapi gagal untuk menunjukkan fungsi yang lebih membina.
Ahli politik kerajaan pula agak malas dan jarang berada didewan kerana menganggap bila dah berada di dalam kerajaan dan menjadi kelab penyokong kerajaan cukuplah dengan memberi sokongan. Ini memberi kesan kepada kefasihan hujahan dan kebanyakannya mereka tidak tahu berhujah kerana tidak punya cukup bahan berbanding anggota dewan yang bukan kerajaan. Mereka dilihat lebih bersedia dengan bahan walaupun kadangkala isu yang dibangkitkan tidak begitu diberi keutamaan atau sekadar dipinggiran.
Cukuplah bepolitik kepartian pada musim pilihanraya sahaja dan sepatutnya mereka lebih tumpukan kepada isu-isu bagaimana untuk menjadi kerajaan atau menasihati kerajaan bagi terus menjana pemerintahan yang lebih membawa pembangunan. Jika mereka semua berjaya membuang sifat kepartian dan menumpukan kepada soal dasar dan pemerintahan ia akan dapat memberikan kesan progresif negara kearah kecemerlangan. Setiap wakil rakyat sama ada dalam kelompok kerajaan atau bukan sepatutnya perlu lebih berlawan tentang pemerintahan dan pentadbiran bukan untuk memperlihatkan kesalahan atau menunjukkan kekuatan berlawan kerana parlimen itu bukanlah gelanggang mencari kesalahan atau menafikan kesalahan.
Comments
Post a Comment