Bila penjenayah berpolitik
Dalam abad ke20 dan ke21 ini idea tentang demokrasi semakin subur menjalar keseluruh pelusuk dunia. Jika kita kembali melihat sejarah lalu, hampir semua negara yang dijajah oleh koloni-koloni barat dan eropah telah bertukar menjadi republik atau muncul sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
Semua benua didunia telah dijangkiti oleh semangai demokrasi bermula dengan Revolusi Perancis dan Revolusi Industri di Eropah kemudian kemerdekaan Amerika Syarikat dan kemudian beberapa peperangan telah berlaku termasuk Perang Dunia Pertama dan Kedua yang berjaya mengubah lanskap politik dunia kepada amalan demokrasi.
Demokrasi sebenarnya satu sistem yang amat baik dan telah dikemaskini dari sistem musyawarah yang diperkenalkan oleh islam melalui Rasulullah SAW melalui persetujuan ramai berhubung perlantikan khalifah untuk memerintah sehingga ia dipadamkan oleh kerajaan-kerajaan islam berikutnya kepada sistem monarki. Pemilihan pemimpin dibuat oleh sesetengah individu yang rapat atau berkepentingan walaupun seseorang itu tidak layak namun kerana pertalian darah dengan bekas pemimpin tersebut lalu diangkat menjadi khalifah.
Sistem islam itu telah hancur oleh umatnya sendiri sehingga ia telah ditukar kepada satu sistem yang sama tetapi telah diperincikan dan meletakkan kuasa memilih kepada semua rakyat jelata. Semua orang berkuasa untuk memilih dengan menjadi pengundi namun sebenarnya kuasa itu telah dimandatkan kepada ketua-ketua mereka untuk memilih pemimpin tertinggi. Semua orang layak untuk menjadi pemimpin asalkan mereka mendapat banyak undi.
Setelah hampir dua abad demokrasi telah subur diamalkan diseluruh dunia namun kerosakan sistem ini semakin parah meningkat setiap tahun. Ini disebabkan oleh perasaan tamak dan gilakan kuasa kerana mereka yang mahu jadi pemimpin bernafsu besar. Golongan ini sanggup menggunakan apa saja cara bagi mengekalkan kuasa sehingga sanggup melakukan jenayah dengan bermacam-macam propaganda. Rakyat biasa yang diberi kuasa mengundi pula terus tertipu dengan berbagai tawaran, umpan serta imbuhan bagi memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin pujaan walaupun kebanyakannya sedar tentang penipuan dan kejahatan yang telah dilakukan. Mereka yang menjadi pemimpin berusaha untuk mengawal kesemuanya dan menjadikan negara adalah hakmilik mereka sekeluarga dengan menyalahgunakan tentera, pihak berkuasa serta media bagi dijadikan senjata untuk mengekalkan kuasa.
Sejarah sebenarnya sentiasa berulang dengan melahirkan order-order baru dunia namun walaupun 'pakaian' yang berbeza namun langkah 'tari' tetap sama. Jika kita melihat kembali sejarah dahulu kala apabila perebutan dan pengekalan kuasa berlaku melalui fitnah yang sama cuma bezanya dahulu memerlukan eskpedisi bersenjata berbanding sekarang cukup dengan menggunakan media dan pihak-pihak berkuasa.Untuk menentukan siapakah berkuasa hanya melalui pilihanraya dengan memilih calon-calon yang berpropaganda dan siapa yang lebih berpengaruh untuk meracuni fikiran rakyat terbanyak akan memenanginya.
Dari anak seorang hamba sehingga kepada anak seorang raja bercita-cita untuk punyai kuasa. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan kuasa sampai menghalalkan segala matlamat dengan apa cara sekalipun bagi mengekalkan atau mendapatkan kuasa. Mereka inilah penjenayah yang tidak bermoral melakukan segala tindakan tanpa iman terhadap balasan tuhan. Mereka sanggup untuk cuba sedaya-upaya untuk melawan takdir dan tidak menyedari prestasi dirilah yang sebenarnya menggamit dan memukau setiap para pengundi. Akibat dengan pelbagai tidakan semborono petualang-petualang ini akhirnya secara tidak langsung budaya penjenayah telah terpahat dalam satu sistem suci yang dinamakan demokrasi.
Comments
Post a Comment