Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

 Setelah melepasi tempoh enam bulan terbentuknya kerajaan perpaduan dengan dasar baharu dengan menggunakan konsep Madani kesuburannya harus sentiasa dijaga rapi.

Sememangnya umum mengetahui pelbagai masalah diwarisi malah semakin sarat dengan persepsi negatif yang telah berlaku kesan daripada kerajaan sebelumnya.

Pembaharuan yang dibawa untuk sebuah kerajaan adalah amat dinantikan apatah lagi Kerajaan PH yang pernah menerajui negara hanya selama 22 bulan tidaklah boleh dibanggakan.

Kemerosotan bertambah teruk apabila kerajaan menggantikan selepas itu yang menyaksikan pergolakan dan pertukaran tampuk pemerintahan menjadikan prestasi negara dipacu dengan agak lemah.

Kini kerajaan baharu yang disertai oleh 19 buah parti ini perlulah menggunakan strategi terbaik bagi mempromosikan apa langkah pembaharuan yang telah dibuat bukan sekadar membenarkannya diketahui atau dilupakan sahaja.

Pengalaman 22 bulan yang lalu harus diambil berat bagi menangkis dan menghapuskan segala tohmahan serta polemik yang sengaja dipanaskan menjadikan polemik terutamanya yang menyentuh agama dan kepentingan melayu.

Sentiasa berhati-hati setiap lontaran (komentar) agar setiap serangan perlu diperkemaskan secara sistematik agar tidak menjadi bola tanggung yang membuang masa serta mengalih fokus Dan perhatian rakyat mengenai sebarang pembaharuan yang telah dilakukan.

Sememangnya apabila menjadi kerajaan akan sentiasa mendapat serangan serta tohmahan pembangkang yang sentiasa menunggu ruang dan peluang untuk menyerang tetapi sentiasa ada 'banner' dan 'popup' baharu bercerita tentang gerak kerja kerajaan yang diterbitkan untuk menutup segala taktik lontar oleh mereka. 

Bermulalah dengan berjaya menaburkan bunga rampai agar bau yang harum semerbak mewangi menutup segala bau tembelang yang kurang menyenangkan yang dibawa oleh pengotor yang berniat mengotori sesuatu Konsep Madani yang semestinya sentiasa kembang mewangi.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang