Pesta demokrasi datang lagi
Satu temasya demokrasi kali yang ke 10 datang lagi dengan ketentuan dari ilahi. Semua ahli parti bagaikan berpesta lagi dengan membawa isu-isu terkini atau yang telah basi demi memikat hati sang pengundi menambah majoriti.
Semua pihak yang bertanding memerah keringat, memulas idea serta memecah buyung bajet masing-masing demi merayakannya. Inilah hakikat sebuah pilihanraya ala Malaysia.
Pada tanggal 25 haribulan ini menjadi penentu bagi mereka menunjukkan bukti adakah masing-masing masih popular dan dipilih semula. Semua pengundi sebenarnya hiba kerana pada masa inilah kawasan mereka menjadi tumpuan dan berpesta raya. Pertembungan 2 kerajaan menambah lagi kemeriahan dengan pelbagai umpan yang semuanya tak larat dimakan kerana semuanya hanya tawaran tapi hasilnya bergantung kepada keputusan.
Buat para pengundi di Parlimen Hulu Selangor, buatlah pilihan kerana kuasa satu undi berada ditangan. Jangan terikut-ikut membuat keputusan tanpa memikirkan kesan dan akibat dari undian yang diberikan. Ditelan pahit, dibuang sayang. Ke kiri jalan ke kanan lorong.
Comments
Post a Comment