Posts

Madani di Minda Masyarakat

 Setiap pelantikan seorang Perdana Menteri Malaysia akan muncul sebuah slogan baharu bagi menunjukkan sebuah gagasan pimpinannya.  Semua pemimpin punya idea dan cita rasa sendiri dalam menentukan corak serta citra kepimpinannya malah gaya yang perlu disokong oleh segenap pasukannya. Sesiapa yang telah celik politik pada awal 90 an akan mudah mengingati idea madani ini namun ianya tidak bertahan lama kerana pergolakan politik yang membantutkan publisitinya. Selalunya segenap lapisan masyarakat sentiasa melayani dan menghormati apa jua idea serta gagasan seorang pemimpin selama ini sehingga kini sepuluh orang Perdana Menteri bersilih ganti. Slogan Madani adalah satu wadah yang amat besar dan berat yang secara logiknya agak sukar direalisasikan kerana membersihkan sebuah kapal dari kotoran badan, lantai, pekakas serta awak-awaknya memerlukan mujahadah yang terlalu teguh. Sekarang masyarakat melihat berdirinya seorang Perdana Menteri yang perlu menjaga hati pihak kanan dan kirinya...

POLITIK PEMBAHARUAN (ISLAH) REFORMASI MULA BERBUAH

  Setelah merayakan demokrasi pada November tahun lepas, negara ini sekali lagi tercipta sejarah dimana tiada pihak yang boleh menubuhkan kerajaan. Maka terjadilah peristiwa tergantungnya parlimen melepasi tempoh hampir dua minggu. Inilah masanya sebuah negara demokrasi dengan raja berpelembagaan diuji dalam situasi yang boleh menjadi pertembungan emosi dikalangan rakyat terutamanya penyokong parti-parti yang bertanding. Apabila tiada satu parti yang boleh membentuk kerajaan buat kali pertama dalam sejarah negara tanah airku yang tercinta ini maka kebijaksanaan ulil amri amat didambakan dalam mencaturkan bagi membentuk sebuah kerajaan. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung melalui mandat oleh Majlis Raja-raja telah membuahkan satu saranan yang boleh dikatakan idea baharu iaitu mendamaikan beberapa buah parti yang sebelum ini amat ketat permusuhan dikalangan mereka. Disinilah fungsi Raja Berpelembagaan terserlah dengan menjadi 'Dipertua' yang memberi petua bagi mengelakkan s...

RAYA DEMOKRASI DATANG LAGI

 Tanggal 10 Oktober 2022, penggal pemerintahan berparlimen di Malaysia ke-14 telah dibubarkan oleh Perdana Menteri ke-9 dengan beberapa alasan yang boleh dianggap munasabah. Maka bermulalah gendang pesta demokrasi yang lebih dikenali sebagai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Penggal yang telah berusia empat tahun lebih telahpun berlalu dengan melakar beberapa sejarah yang boleh menjadi satu subjek akademik untuk diteladani. Pada penggal inilah sebuah parti yang memerintah selama lebih enam dekad tumbang ditangan majoriti rakyat. Pelbagai rekod yang menjadi takdir dan cerita dari berita besar dan menggemparkan hasil dari sistem demokrasi sebuah negara komanwel. Perdana Menteri keempat telah dilantik menjadi Perdana Menteri ke-7 oleh mandat pihak yang pernah menjadi musuh dan pembangkang di era pemerintahannya terdahulu. Penggal ini juga menjadi berita sensasi apabila seorang raja diturunkan takhta kerajaan oleh majlis raja-raja. Sejrah melakar peristiwa yang dramatik dari demokrasi g...

POLITIKUS STRATEGIS YANG MEMPUNYAI STRATEGI YANG STRATEGIK AKAN SENTIASA MENANG

Sekarang sudah berlalu tahun ke 20 bagi era milenium kehidupan manusia di muka bumi ini sejak ketamadunan-ketamadunan awal purba sejak ribuan tahun dahulu. Manusia sentiasa berkembang biak sejak sepasang suami isteri (Adam dan Hawa) yang dikeluarkan dari syurga oleh Sang Maha Pencipta.   Manusia sebagai pentadbir (khalifah) di amanahkan untuk mengawal selia bumi sebagai rumah tempat kediaman mereka sehingga suatu hari yang dinamakan hari kiamat (kehancuran alam semesta) dan kuasa ini sebenarnya datang dari pengaturan dan takdir yang telah tertulis dalam satu kitabnya di lauh mahfuz.   Zaman moden berteknologi hari ini manusia masih meneruskan tugas mereka menjadi khalifah dalam memakmurkan bumi yang dahulunya mati dan manusia yang berkuasa dilantik menjadi penguasa yang berkuasa atas sesuatu kaumnya. Manusia berkuasa yang menjadi ketua dipanggil raja, presiden, perdana menteri atau dengan panggilan lain diseluruh dunia telah menanggung amanah ini.   Salah satu cara untuk ...

PARTI IMPIAN SAYA (PARIMAYA) BAHAGIAN 2

Image
Parti-parti politik mempunyai visi dan misi masing-masing dengan objektif melalui perlembagaan masing-masing. Tujuannya adalah untuk mendapatkan mandat supaya dapat merealisasikan idealisma dalam menggerakkan jentera kerajaan mengikut hala tuju pimpinannya. Dalam budaya demokrasi hari ini, bermula dengan masyarakat setempat mereka mempunyai kehendak atau keperluan yang perlu dikelola dengan urus tadbir oleh pemimpin tempatan. Inilah dasar dan kaedah yang cuba di corak oleh sebuah parti impian dalam mewujudkan keberkesanan pentadbiran dan melicinkan jentera pentadbiran dari peringkat kerajaan tempatan, kerajaan negeri seterusnya kerajaan persekutuan. Parti impian ini bermula dengan mewujudkan sistem tadbir urus di peringkat blok kejiranan yang diwakili oleh ketua keluarga atau wakil bagi setiap lima hingga sepuluh orang. Perwakilan masyarakat bermula dengan ketua blok kejiranan yang akan mewakili 50 sehingga 100 buah keluarga yang menjadi wakil bagi mesyuarat majlis penduduk di peringka...

PARTI IMPIAN SAYA (PARIMAYA) - Bahagian 1.

Bermula dengan satu ikatan dalam satu talian, setiap manusia yang dilahirkan mempunyai hak yang sama yang diberikan melalui satu pencipta.   Semua manusia adalah dari satu spesis yang sama iaitu dari benih seorang lelaki dan seorang wanita, cuma dibezakan oleh warna kulit serta paras rupa.   Setiap manusia datangnya dari leluhur yang sama cuma apabila berkembang biak mereka saling berpuak dan membentuk ras bangsa dan kaum yang berbeza.   Semua kita mempunyai impian yang sama atau berbeza kerana naluri manusia mempunyai citarasa atau keinginan yang pelbagai warna ragamnya serta personaliti yang bermacam perangainya.   Sebuah keluarga datangnya dari rasa cinta dua manusia membentuk satu ikatan demi ikatan hingga menjadi sebuah kejiranan, perkampungan dan seterusnya melebar hingga menjadi besar kewilayahannya.   Bermulalah jurang perbezaan yang tercipta dari sifat naluri keinginan melampaui batas kemanusiaan apabila dikurniakan kekuasaan mereka ...

KHIANAT MENGKHIANATI, LAKNAT MELAKNATI SEMUA BERPUASHATI

 Sepanjang sedekad ini drama politik semakin menarik dan tertarik untuk kita mencarik-carik tembelang dan temberang manusia yang menjadikan politik sebagai profesion mereka dan jika bernasib baik mereka akan mendapat gaji dan pencen. Sebenarnya rakyat negara ini terlalu baik dengan hanya menonton dan membiarkan sahaja babak demi babak berlaku atau mempunyai tauhid (kepercayaan) dimana Tuhan akan mengadilinya. Sedar atau tidak sesiapa yang berusaha untuk berfikir dan membaca setiap rentetan dan kronologi yang berlaku adalah hasil gerak-geri perilaku para politikus yang menjerumuskan segala babak itu terjadi dengan langkah 'pencak silat' politik mereka. Setiap watak cuba menyelami atau sedaya upaya memberikan gaya lakonan yang amat sama ada protagonis atau antagonis dalam bertindak balas terhadap semua isu yang dikocak oleh sang penglipura atau penular cerita bergaji atau tak berbayar namun atas keseronokan mereka lupa akan amaran Tuhan. Sesuai dengan sikap sesetengah masyarakat ...