PARTI IMPIAN SAYA (PARIMAYA) - Bahagian 1.
Bermula dengan satu ikatan dalam satu talian, setiap manusia yang dilahirkan mempunyai hak yang sama yang diberikan melalui satu pencipta.
Semua manusia adalah dari satu spesis yang sama iaitu dari benih seorang lelaki dan seorang wanita, cuma dibezakan oleh warna kulit serta paras rupa.
Setiap manusia datangnya dari leluhur yang sama cuma apabila berkembang biak mereka saling berpuak dan membentuk ras bangsa dan kaum yang berbeza.
Semua kita mempunyai impian yang sama atau berbeza kerana naluri manusia mempunyai citarasa atau keinginan yang pelbagai warna ragamnya serta personaliti yang bermacam perangainya.
Sebuah keluarga datangnya dari rasa cinta dua manusia membentuk satu ikatan demi ikatan hingga menjadi sebuah kejiranan, perkampungan dan seterusnya melebar hingga menjadi besar kewilayahannya.
Bermulalah jurang perbezaan yang tercipta dari sifat naluri keinginan melampaui batas kemanusiaan apabila dikurniakan kekuasaan mereka mula bermusuhan membawa kepada bibit pertelingkahan sehingga membawa kepada kedasyatan peperangan.
Manusia mudah melupakan asal usul mereka yang berkongsi pertalian dan hubungan apabila mereka merasakan ada kelebihan yang membolehkan mereka menyalahgunakan kekuatan dengan membuat kezaliman.
Semuanya kerana mereka membesarkan serta melebarkan perbezaan bermula dengan harta kekayaan, paras rupa keturunan, budaya hidup serta kepercayaan kepada hal ketuhanan.
Manusia moden sudah dicukupkan perbezaan yang mempunyai pelbagai latar perbezaan dari segi sosial kehidupan, kepercayaan dan kekayaan kerana telah ribuan tahun wujud berkembang biak bermula dengan hanya seorang lelaki bersama seorang perempuan.
Sebuah parti adalah lambang perkumpulan bukannya sebuah pasukan permainan yang sering bersaing untuk menang tetapi mempunyai visi dan misi agar menyokong san mengurus tadbir sistem kehidupan menjadi kemashalatan berpanjangan.
Berpolitik bukanlah mencari siapa kalah dan siapa menang tetapi mencari peluang bagi mencipta ruang dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua orang dengan kuasa dari undian pilihan seseorang.
Setiap dari kita yang dewasa dan layak untuk memilih mempunyai satu amanah yang perlu diagih dan ditagih bermula dengan sifat kasih dengan hati yang bersih bukan sentiasa berselisih sehingga mengotorkan hubungan yang jernih.
Sikap sambil lewa dan leka tentang siapa kita sebenarnya yang tiba-tiba muncul atas dunia dengan melupakan peranan yang diberi oleh sang pencipta hingga menjadi manusia pembuat angkara menjadikan masyarakat, negara atau dunia porak-poranda.
Sifat tamak haloba, mengadu domba serta sering menghasut dengan memporak-porandakan sesama manusia agar saling sengketa sama ada mempunyai agenda atau sekadar suka berjenaka menjadi perkara biasa parti-parti sedia ada.
Kerana tuhan demi manusia adalah menjadi satu tanda kewibawaan manusia sebagai pentadbir urusan dunia kepada seluruh alam merasai rahmat dan nikmat kehidupan yang diberikan oleh sang Maha Pencipta.
Comments
Post a Comment