PARTI IMPIAN SAYA (PARIMAYA) BAHAGIAN 2

Parti-parti politik mempunyai visi dan misi masing-masing dengan objektif melalui perlembagaan masing-masing. Tujuannya adalah untuk mendapatkan mandat supaya dapat merealisasikan idealisma dalam menggerakkan jentera kerajaan mengikut hala tuju pimpinannya.

Dalam budaya demokrasi hari ini, bermula dengan masyarakat setempat mereka mempunyai kehendak atau keperluan yang perlu dikelola dengan urus tadbir oleh pemimpin tempatan. Inilah dasar dan kaedah yang cuba di corak oleh sebuah parti impian dalam mewujudkan keberkesanan pentadbiran dan melicinkan jentera pentadbiran dari peringkat kerajaan tempatan, kerajaan negeri seterusnya kerajaan persekutuan.

Parti impian ini bermula dengan mewujudkan sistem tadbir urus di peringkat blok kejiranan yang diwakili oleh ketua keluarga atau wakil bagi setiap lima hingga sepuluh orang. Perwakilan masyarakat bermula dengan ketua blok kejiranan yang akan mewakili 50 sehingga 100 buah keluarga yang menjadi wakil bagi mesyuarat majlis penduduk di peringkat kampung atau sesebuah kediaman strata mengikut kepadatan penduduk.

Majlis Penduduk Setempat atau Lokaliti (MPSL) seterusnya mewakili peti undi bagi setiap pusat pengundian dimana ketua-ketua yang dilantik akan diberi mandat untuk memilih seorang pengerusi, timbalan pengerusi serta seorang setiausaha bagi sesebuah MPSL yang akan menjadi wakil ke mesyuarat Majlis Zon atau Wilayah (MZW). Setiap kawasan parlimen atau dewan undangan negeri akan disertai oleh beberapa wakil daripada majlis MZW yang akan diberi kuasa melantik calon-calon bagi mewakili mereka sebagai seorang Ahli Parlimen (MP) atau seorang Ahli Dewan Negeri (ADUN).

Carta permulaan punca kuasa dalam perwakilan masyarakat ini bertujuan bagi mendapatkan seorang calon yang dilantik oleh wakil-wakil yang datangnya dari ketua sesebuah kawasan blok kediaman bagi memudahkan tadbir urus ddan kawal selia menjadi mudah. Jumlah penduduk sesuatu kawasan akan menentukan jumlah perwakilan ketua blok seterusnya bilangan ahli mesyuarat MPSL dan MZW bagi mengundi untuk memilih calon ADUN dan MP yang dirasakan sesuai.

Sebuah organisasi bagi sebuah kerajaan tempatan akan mempunyai ahli majlis di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terdiri daripada wakil dari MPSL dan MZW.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang