POLITIKUS STRATEGIS YANG MEMPUNYAI STRATEGI YANG STRATEGIK AKAN SENTIASA MENANG

Sekarang sudah berlalu tahun ke 20 bagi era milenium kehidupan manusia di muka bumi ini sejak ketamadunan-ketamadunan awal purba sejak ribuan tahun dahulu. Manusia sentiasa berkembang biak sejak sepasang suami isteri (Adam dan Hawa) yang dikeluarkan dari syurga oleh Sang Maha Pencipta.
 
Manusia sebagai pentadbir (khalifah) di amanahkan untuk mengawal selia bumi sebagai rumah tempat kediaman mereka sehingga suatu hari yang dinamakan hari kiamat (kehancuran alam semesta) dan kuasa ini sebenarnya datang dari pengaturan dan takdir yang telah tertulis dalam satu kitabnya di lauh mahfuz.
 
Zaman moden berteknologi hari ini manusia masih meneruskan tugas mereka menjadi khalifah dalam memakmurkan bumi yang dahulunya mati dan manusia yang berkuasa dilantik menjadi penguasa yang berkuasa atas sesuatu kaumnya. Manusia berkuasa yang menjadi ketua dipanggil raja, presiden, perdana menteri atau dengan panggilan lain diseluruh dunia telah menanggung amanah ini.
 
Salah satu cara untuk mendapat kuasa adalah dengan kaedah politik yang akan menambat hati manusia untuk memilih sesiapa sahaja menjadi orang paling berkuasa dalam tempoh masa tertentu. Hampir diseluruh dunia hari ini mengamalkan demokrasi sama ada raja berpelembagaan atau secara republik yang dikawal majlis kepresidenan atau konsul. Hanya segelintir negara sahaja yang masih diketuai oleh seorang raja monarki atau diktator yang mencengkam dan membungkam rakyata agar menurut apa yang telah mereka aturkan.
 
Pada awalnya demokrasi ini berjalan dengan teratur dan masing-masing pihak cuba membuat yang terbaik bagi menambat hati rakyat untuk memilih mereka. Apabila negara-negara semakin kaya dan cara hidup orang kaya semakin mewah dan segelitir rakyat menjadi kaduk naik junjung dan melukut ditepi gantang segalanya telah berubah. Pihak-pihak yang bertanding untuk mendapat kuasa perlu ada kumpulan orang kaya dibelakang mereka dan sehingga semuanya yang dijalankan atau direncanakan perlu diterima oleh kumpulan 'atas meja' dimana rakyat biasa hanyalah golongan biasa yang tak perlu kata apa.
 
Disinilah para strategis menggembeling usaha mereka mencipta strategi baharu dalam mengekang budaya limpahan wang hanya dikalangan pihak tertentu namun pihak yang ditentang juga mempunyai strategi untuk menjadikan kumpulan mereka sentiasa strategik mendapat perhatian rakyat sebagai pemilih. Manusia adalah tetap manusia yang mempunyai keutamaan pandangan untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu yang bermula di perut dan berakhir di celahan bawah perut  jua baik lelaki mahupun wanita. Ia adalah titik lemah seorang manusia yang kerana sebab itulah mereka terpedaya dengan cita-cita dan impian yang masih terawang.
 
Zaman teknologi maklumat ini manusia semuanya telah bergantung kepada sebuah perkakas (tablet atau telefon pintar) yang semuanya dapat memuaskan hawa nafsu serta angan-angan melalui petikan jari mereka sahaja. Dimana ada kemahuan disitulah jari mereka menekan kadangkala lebih cepat dari akal dan iman yang dipandu oleh Sang Tuhan. Pihak yang berkepentingan untuk berkuasa hanya memnggunakan pekakas ini untuk mengumpul sokongan juga mengetahui sejauh mana pencapaian sokongan mereka. Semua data-data dan kehendak arah tuju (behaviour) rakyat biasa dapat diperhatikan untuk membaca dan meramal nasib sokongan mereka atau lawan mereka.
 
Seringkali rakyat biasa akan tertipu kerana mereka menyangka pihak-pihak tertentu mahu membela mereka tetapi mereka buta kesemua pihak berseteru adalah pemain (player) bagi kumpulan yang sama. Bagaimana mereka mahu berfikir jika hati dan akal dikawal nafsu jika tiada kuasa penentu yang dipercayai seperti Tuhan? Di sinilah golongan yang berasa mereka kumpulan raja segala raja atau ketua segala ketua masih buntu untuk memikirkan apakah strategi seterusnya kerana mereka sedar atau tidak mereka juga dirhatikan oleh Tuhan. Namun begitu, sekarang alam telah terpecah menjadi dua iaitu alam nyata dan alam maya (siber) yang mengasingkan perangai manusia sebenar atau mereka golongan yang sentiasa berpura-pura.
 
Walaubagaimanapun, manusia tetap mempunyai batas sebagai seorang manusia, siapapun mereka masing-masing mempunyai keluasan ruang kotak kehidupan tersendiri kerana mereka masih mempunyai bom jangka iaitu kematian. Begitu juga manusia apabila semakin berkuasa secara resamnya mereka berasakan diri mereka adalah tuhan yang boleh mendapat apa jua yang dimahukan serta boleh memasang angan-angan sebelum menjadi sebuah impian yang mungkin jadi atau tidak sebuah kenyataan. Kesimpulannya, semua para strategis yang bersungguh dalam merangka strategis mereka yang boleh dianggap kepintaran buah fikiran dalam menghasilkan sebuah kepintaran buatan dari data dan mesin-mesin canggih dalam mengawal sejumlah manusia alpa dan bodoh tetap mempunyai takdir tersendiri jika diizinkan Tuhan. Apa sahaja yang mereka rencanakan itu akan lebih strategik jika mereka menjadi sekutu kepada kumpulan dan pihak yang lebih besar bagi mengukuhkan kuasa mereka.
 

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang