Posts

Demokrasi terus basi...

Kuasa untuk capai segalanya dan yang paling nikmat ialah merealisasikan apa yang ada di dalam kepala. Oleh sebab itulah ramai yang gila kuasa.Sanggup buat apa saja sampai dah tak malu untuk tayang muka walaupun ramai yang berdendam nak pijak kepala. Bila ada satu kaedah untuk menjadi berkuasa diperkenalkan oleh barat awal abad 20 yang lalu. Satu sistem mengundi yang memberi peluang setiap batang tubuh komuniti layak memberi undi. Bukan seperti zaman sebelum ini perlukan harta atau nama dan berdamping dengan kerabat-kerabat bangsawan untuk jadi menteri atau kerani. Di zaman sebelum ini kuasa adalah monarki yang perlu dijaga selain pandai berperang dan gagah di medan pertempuran. Namun pada era demokrasi ini, pengaruh lebih penting, puak harus seiiring bagi membentuk se bu ah kumpulan minoriti yang melangkah dan meraih undi bagi mendapatkan majoriti. Manusia tetap manusia yang inginkan keseronokan atau kebahagiaan yang berpanjangan tanpa usaha yang gigih dan memenatkan. Bila sudah dipu...

Politikus: Dari Feudalisme ke Kapitalisme kemudian Liberalisme

Sedar atau tidak dari zaman berzaman sejak manusia mula membentuk kerajaan dan tamadun-tamadun yang hebat, siapakah yang sentiasa dikeliling pemerintah. Siapakah yang menyokong dan menentukan siapa yang patut memerintah atau mengepalai sesebuah kerajaan. Sejak zaman purba lagi sebelum lahirnya demokrasi manusia mendapat kuasa melalui kekuatan tenaga seperti yang termaktub dalam kisah dua anak manusia (Nabi Adam a.s) terawal Habil dan Qabil. Apabila manusia berkembang biak dan pada zaman Nabi Nuh a.s. mereka sudah mempunyai struktur politik yang agak maju. Golongan pembesar yang berkuasa terdiri dari golongan yang berharta dan mempunyai ramai anak dari pengaruh sanak saudara. Moral bagi mereka bukan kriteria penting untuk berkuasa. Perusahaan dan harta adalah faktor utama untuk berkuasa kerana dengannya mereka boleh memiliki kekuatan pekerja dan tentera. Zaman pertengahan sebelum masihi dan beberapa abad selepasnya manusia telah pandai menggunakan senjata bagi memperluaskan kuasa. Ker...

Bila takut hilang kuasa

Setelah dua tahun lebih angin perubahan melanda demokrasi di negara tercinta ini namun titik-titik keinsafan bagi yang kalah dan titik perubahan bagi yang menang agak muram dan kurang bersinar. Bermula dengan sedikit kekecohan apabila kehilangan kuasa dan mengambil alih kuasa adalah babak permulaan dalam penggal ini. Bagi pihak yang mampu menubuhkan kerajaan persekutuan, ia bagaikan satu kecederaan yang agak serius walaupun masih mampu mengekalkan kuasa majoriti. Pihak pembangkang pula telah merintis sejarah dengan kejayaan yang membanggakan. Banyak peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran dan bahan gurauan yang meniti di setiap bibir rakyat jelata. Kita boleh melihat siapa yang betul dan siapa yang salah jika kita rajin menoleh sejarah. Perubahan yang dijanjikan oleh pihak PR yang berjaya menguasai pada mulanya lima negeri namun kehilangan satu akibat sikap beberapa ADUN yang boleh di jual beli agak perlahan dan mungkin kerana kurang pengalaman menjadi kerajaan. Bagi pihak BN pula m...

Bila orang politik berniaga

Sudah menjadi kelaziman, jika sertai politik atau mendapat sedikit kuasa politik maka mulalah adik beradik, saudara mara atau sahabat handai datang menghimpit mencari peluang berniaga. Sebenarnya tidak salah asalkan caranya betul dan tidak menidakkan (menzalimi) orang lain. Fenomena ini telah berlanjutan sejak negara ini semakin maju dalam dasar penswastaannya yang begitu pesat dibawah pentadbiran perdana menteri keempat. Niat menyertai politik telah diserongkan tujuannya kerana ingin kaya. Sememangnya tabiat ini adalah tidak baik dan adakalanya menzalimi orang lain. Ini disebabkan ada mempunyai hubungan maka yang sepatutnya layak diberi tender akhirnya pulang hampa.   Ia telahpun menjadi barah yang menular dalam mentaliti sebahagian rakyat negara ini. Para penyokong juga seakan mengugut kerana inginkan beberapa habuan sampai mencecah kontrak jutaan. Amat sedih sekali jika memikirkan nasib dan untung badan sesebuah kerajaan yang dipelopori ahli-ahli politik yang mahu buat keun...

Pesta demokrasi datang lagi

Satu temasya demokrasi kali yang ke 10 datang lagi dengan ketentuan dari ilahi. Semua ahli parti bagaikan berpesta lagi dengan membawa isu-isu terkini atau yang telah basi demi memikat hati sang pengundi menambah majoriti. Semua pihak yang bertanding memerah keringat, memulas idea serta memecah buyung bajet masing-masing demi merayakannya. Inilah hakikat sebuah pilihanraya ala Malaysia. Pada tanggal 25 haribulan ini menjadi penentu bagi mereka menunjukkan bukti adakah masing-masing masih popular dan dipilih semula. Semua pengundi sebenarnya hiba kerana pada masa inilah kawasan mereka menjadi tumpuan dan berpesta raya. Pertembungan 2 kerajaan menambah lagi kemeriahan dengan pelbagai umpan yang semuanya tak larat dimakan kerana semuanya hanya tawaran tapi hasilnya bergantung kepada keputusan. Buat para pengundi di Parlimen Hulu Selangor, buatlah pilihan kerana kuasa satu undi berada ditangan. Jangan terikut-ikut membuat keputusan tanpa memikirkan kesan dan akibat dari undian yang dibe...

Bila penjenayah berpolitik

Dalam abad ke20 dan ke21 ini idea tentang demokrasi semakin subur menjalar keseluruh pelusuk dunia. Jika kita kembali melihat sejarah lalu, hampir semua negara yang dijajah oleh koloni-koloni barat dan eropah telah bertukar menjadi republik atau muncul sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Semua benua didunia telah dijangkiti oleh semangai demokrasi bermula dengan Revolusi Perancis dan Revolusi Industri di Eropah kemudian kemerdekaan Amerika Syarikat dan kemudian beberapa peperangan telah berlaku termasuk Perang Dunia Pertama dan Kedua yang berjaya mengubah lanskap politik dunia kepada amalan demokrasi. Demokrasi sebenarnya satu sistem yang amat baik dan telah dikemaskini dari sistem musyawarah yang diperkenalkan oleh islam melalui Rasulullah SAW melalui persetujuan ramai berhubung perlantikan khalifah untuk memerintah sehingga ia dipadamkan oleh kerajaan-kerajaan islam berikutnya kepada sistem monarki. Pemilihan pemimpin dibuat oleh  sesetengah individu yang rapa...

Taksub politikus berparti

Negara ini telah diperintah secara demokrasi selama lebih 52 tahun namun masih lagi terlalu awal untuk memberikan pengkelasan kelas pertama atau politikus yang disegani. Berbagai peristiwa dan angkara yang memalukan telah dilakukan oleh kebanyakan politikus negara. Dari sebesar-besar kes sehingga soalan-soalan remeh yang dibangkitan di parlimen atau dewan negeri. Mereka dipilih oleh rakyat bagi memenuhi ispirasi dan kehendak perlembagaan namun kebanyakan tindakan dan suara hanyalah retorik dari emosi berparti atau dendam sendiri. Memang tidak dinafikan ada sebilangan mereka yang berusaha untuk berfungsi sebaik mungkin dan sebagai semak imbang kerajaan. Wakil rakyat kerajaan kebanyakannya pula lebih akur dengan kehendak parti walaupun isu-isu yang sepatutnya mereka tegur. Begitu juga wakil rakyat pembangkang yang sengaja mencipta beberapa isu yang remeh kerana inginkan populariti tetapi gagal untuk menunjukkan fungsi yang lebih membina. Ahli politik kerajaan pula agak malas dan jar...