Politikus: Dari Feudalisme ke Kapitalisme kemudian Liberalisme
Sedar atau tidak dari zaman berzaman sejak manusia mula membentuk kerajaan dan tamadun-tamadun yang hebat, siapakah yang sentiasa dikeliling pemerintah. Siapakah yang menyokong dan menentukan siapa yang patut memerintah atau mengepalai sesebuah kerajaan.
Sejak zaman purba lagi sebelum lahirnya demokrasi manusia mendapat kuasa melalui kekuatan tenaga seperti yang termaktub dalam kisah dua anak manusia (Nabi Adam a.s) terawal Habil dan Qabil. Apabila manusia berkembang biak dan pada zaman Nabi Nuh a.s. mereka sudah mempunyai struktur politik yang agak maju. Golongan pembesar yang berkuasa terdiri dari golongan yang berharta dan mempunyai ramai anak dari pengaruh sanak saudara. Moral bagi mereka bukan kriteria penting untuk berkuasa. Perusahaan dan harta adalah faktor utama untuk berkuasa kerana dengannya mereka boleh memiliki kekuatan pekerja dan tentera.
Zaman pertengahan sebelum masihi dan beberapa abad selepasnya manusia telah pandai menggunakan senjata bagi memperluaskan kuasa. Kerajaan atau tamadun yang punyai ramai tentera akan berjaya meluaskan wilayahnya sehingga melankau antara benua. Golongan yang berkuasa akan mengumpulkan seberapa banyak harta dan pekerja seterusnya akan ditadbir oleh para pembesar yang dilantik dan kebiasaannya atas faktor keturunan dan perkahwinan. Mereka akan menguasai tanah pertanian, aktiviti perlombongan dan juga penternakan. Jika ada pertembungan kuasa dengan pihak yang berhampiran maka akan berlakunya peperangan yang akan menyebabkan kehilangan atau perluasan wilayah jika mendapat kemnanagan atau kekalahan. Pada awal abad masihi satu sistem telah wujud dengan ciri-ciri kerajaan yang mempunyai lapisan kelas rakyat yang diperintah oleh satu kuasa monarki yang dikawal oleh satu majlis bangsawan atau kerabat terdekat. Inilah sistem feudalisme berpelembagaan dengan majoritinya terdiri daripada rakyat bawahan yang sentiasa bergantung harap untuk mencari makan dengan tuan-tuan tanah yang terdiri dari lapisan atasan yang menguasai kerajaan.
Apabila ketamadunan Islam telah diperkenalkan oleh Muhammad Rasulullah SAW maka sekali lagi manusia telah dipandu dengan satu lagi corak pemerintahan yang dipandu oleh tuhan dengan beberapa jalan kenabian. Kekhalifahan telah diperkenalkan oleh baginda dengan mengambil pandangan para sahabat (Majlis Syura) walaupun pendapat itu datangnya dari kalangan mereka yang tidak berpengaruh. Ini kerana baginda mempunyai prinsip keadilan dalam pentadbiran selagi tidak bercanggah dengan perintah tuhan. Baginda telah berjaya merekrut para sahabatnya sehinggakan ketamadunan Islam dan penguasaan khalifahnya berjaya menguasai 1/3 dunia walaupun dengan pelbagai peristiwa pergolakan atas sebab sifat dan kecuaian manusia yang selalu alpa dengan kehendak tuhan dan juga campurtangan syaitan yang sentiasa ketawa melihat manusia berjaya disesatkannya. Sehinggalah pada awal abad ke 20, sistem khalifah ini tersungkur dan tidak dapat dipertahankan lagi di Turki.
Evolusi Industri dengan penemuan-penemuan sains terkini menyemarakkan lagi perkembangan teknologi dan manusia mula melangkah ke arah industri bagi mewujudkan satu sistem perdagangan yang memonopoli. Bahan mentah perlu di cari bagi memenuhi keperluan industri dan merealisasikan beberapa teknologi. Dengan semangat dendam kesumat dan juga keinginan menguasai tanah-tanah yang kaya dengan sumber semulajadi telah membuatkan beberpa kuasa Eropah berjaya mewujudkan ratusan koloni di seluruh benua dengan menyebabkan perkembangan teknologi menjadi rancak dan industri menjadi satu keperluan bagi setiap kerajaan. Mereka berjaya membuang penguasaan agama (gereja) dari pemerintahan dan menjadikan monarki hanya sebagai boneka untuk mendapatkan sokongan masyarakat kebanyakannya.
Zaman peperangan secara besar-besaran tercetus akibat dari keegoan beberapa pemimpin yang merasakan mereka boleh meluaskan tanah jajahan. Teknologi persenjataan begitu berkembang pesat sehinggakan persiapan untuk ketenteraan menjadi agenda utama seperti makanan bagi setiap kerajaan. Bila sesuatu isu berjaya digembar-gemburkan oleh beberapa orang syaitan dan puaknya maka terjadilah peperangan secara besar-besaran. Di sini dapat dilihat beberapa negara terlibat dalam peperangan yang dinamakan perang dunia pertama. Seterusnya muncul pula seorang watak pemimpin yang begitu memusuhi orang yahudi dan dialah diatara beberapa orang pemimpin kuasa paksi yang cuba mencetuskan peperangan dunia kedua dengan terhasilnya satu bentuk senjata yang baru digeruni dunia iaitu nuklear dengan pengguguran bom ujiannya di Nagasaki dan Hiroshima, Jepun.
Selepas beberapa pepearangan kecil berlaku selepas itu terutamanya yang melibatkan kempen menghapuskan kuasa komunis adalah kemuncak dari kejayaan golongan kapitalis bagi menguasasi ekonomi dunia. Mereka berjaya membuka lembaran baru bagi ekonomi dunia dengan menghapuskan pergantungan matawang Amerika (Dolar) seterusnya seluruh dunia kepada emas. Mereka berjaya menguasasi Federal Reservered yang mengenakan bunga bagi setiap cetakan wang kertas berkenaan kepada kerajaan dengan secara tidak langsung setiap aktiviti ekonomi dan transaksi akan memberi pulangan kepada mereka dan membolehkan wang berkenaan digunakan sebagai senjata bagi kempen propaganda untuk sebarang cara bagi merialisasikan cita-cita mereka. Golongan ini semakin hari telah dibenci oleh sebahagian penduduk dunia yang mendokong perjuangan kebebasan dan kesamarataan hak penduduk dunia serta ketelusan dalam maklumat. Mereka inilah yang mempunyai prinsip liberalisme yang tinggi sehingga tidak menyangka bahawa golongan kapitalisme telah menyerap masuk ke dalam golongan mereka.

Comments
Post a Comment