Demokrasi terus basi...

Kuasa untuk capai segalanya dan yang paling nikmat ialah merealisasikan apa yang ada di dalam kepala. Oleh sebab itulah ramai yang gila kuasa.Sanggup buat apa saja sampai dah tak malu untuk tayang muka walaupun ramai yang berdendam nak pijak kepala.

Bila ada satu kaedah untuk menjadi berkuasa diperkenalkan oleh barat awal abad 20 yang lalu. Satu sistem mengundi yang memberi peluang setiap batang tubuh komuniti layak memberi undi. Bukan seperti zaman sebelum ini perlukan harta atau nama dan berdamping dengan kerabat-kerabat bangsawan untuk jadi menteri atau kerani. Di zaman sebelum ini kuasa adalah monarki yang perlu dijaga selain pandai berperang dan gagah di medan pertempuran.

Namun pada era demokrasi ini, pengaruh lebih penting, puak harus seiiring bagi membentuk sebuah kumpulan minoriti yang melangkah dan meraih undi bagi mendapatkan majoriti. Manusia tetap manusia yang inginkan keseronokan atau kebahagiaan yang berpanjangan tanpa usaha yang gigih dan memenatkan. Bila sudah dipuncak kuasa, sedaya upaya menghalang sesiapa jua yang cuba untuk mencabarnya walaupun sudah tidak berdaya atau kekeringan idea. Wujudlah penyokong yang sebulu atau saudara separti namun musuh sendiri. Mereka telah hilang dengan iman tentang takdir atau kepatuhan qada' dan qadar.
Mereka inilah golongan yang tidak mempercayai demokrasi, atau tidak menghadamkannya dengan baik sehingga bersepah sisa dan baki sebuah demokrasi.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang