Bila orang politik berniaga
Sudah menjadi kelaziman, jika sertai politik atau mendapat sedikit kuasa politik maka mulalah adik beradik, saudara mara atau sahabat handai datang menghimpit mencari peluang berniaga. Sebenarnya tidak salah asalkan caranya betul dan tidak menidakkan (menzalimi) orang lain.
Fenomena ini telah berlanjutan sejak negara ini semakin maju dalam dasar penswastaannya yang begitu pesat dibawah pentadbiran perdana menteri keempat. Niat menyertai politik telah diserongkan tujuannya kerana ingin kaya. Sememangnya tabiat ini adalah tidak baik dan adakalanya menzalimi orang lain. Ini disebabkan ada mempunyai hubungan maka yang sepatutnya layak diberi tender akhirnya pulang hampa.
Ia telahpun menjadi barah yang menular dalam mentaliti sebahagian rakyat negara ini. Para penyokong juga seakan mengugut kerana inginkan beberapa habuan sampai mencecah kontrak jutaan. Amat sedih sekali jika memikirkan nasib dan untung badan sesebuah kerajaan yang dipelopori ahli-ahli politik yang mahu buat keuntungan. Adakalanya ia disebut sebagai dana ataupun pelobi yang akan sentiasa membantu parti setiap kali tiba pilihanraya.
Sekiranya mengikut profesionalisma seorang ahli politik, mereka sebenarnya hanyalah suara yang diberi kuasa untuk membela rakyat dikawasannya. Bukan untuk mengumpul harta dan dana bagi menabur rasuah dan gula-gula setiap kali musim pilihanraya.
Comments
Post a Comment