Posts

Showing posts from 2010

Wikileak media pengadu domba..

Sejak akhir-akhir ini, ramai telah mendengar dengan satu nama baru selain sindrom Facebook yang berjaya menjadi popular ke serata dunia. Ia direka adalah untuk menjadi satu media yang kononnya hasil dari maklumat pihak tertentu yang tepat dan disahihkan. Semua orang politik agak takut dan tidak kurang pula sukakannya. Setiap daripada penemuan atau penyiarannya berjaya menjadikan suasana gamat seketika. Fenomena wikileaks ini sebenarnya tidaklah begitu menakjubkan namun ia berjaya menggoncangkan akibat ada yang merwar2kannya. Tiada siapa yang suka dijadikan bahan berita namun dipercayai ia juga adalah bahan propaganda yang beragenda. Setiap media sekarang memang punya agenda agar setiap yang berkuasa akan hilang atau kekal berkuasa. Siapa yang mentukan semua ini? Dajjal dan konco-konconya sedang berusaha untuk memecahkan dunia dan inginkan satu pemusatan kuasa. Siapapun akan menuding jari dari satu arah ke pelbagai arah jika dituding kepadanya. Mereka selalunya terus marah atau membua...

Siapa yang layak?

Kecoh jugak bila keluar berita orang itu sokong orang ini untuk jawatan no. 2 negara. Oh mereka telah memikirkannya walaupun masih lagi menunggu untuk 2 tahun lagi. Biasalah budaya melayu, canag dulu baru sampai. Bagiku, siapa nak jadi no. 2 bukanlah masalah sangat kerana no.2 ini akan sentiasa terikat, mengikut dan menurut no.1. Jika no.2 ada buka langkah untuk lawan no.1 maka akan ada satu usaha untuk membuang no.2. Itulah budaya politik Malaysia. Selalunya no.2 kemahirannya adalah memegang 'kipas' supaya no.1 sentiasa selesa tanpa curiga atau bersangka-sangka kepadanya kerana no.2 memang perlu banyak sabar dan tidak terlalu mengharap untuk menjadi no.1. Idea merwar2kan no.2 pada awal waktu masuk fasa pilihanraya adalah satu strategi yang amat licik dan berjaya menggugat kedudukan sesetengah pihak yang amat fanatik bangsa (chauvinisme). Bilakah udaya politik bangsa akan luput tarikhnya dan politik perjuangan perlu bangkit menggantikannya?Buka blog dan baca berita serta kome...

Demokrasi terus basi...

Kuasa untuk capai segalanya dan yang paling nikmat ialah merealisasikan apa yang ada di dalam kepala. Oleh sebab itulah ramai yang gila kuasa.Sanggup buat apa saja sampai dah tak malu untuk tayang muka walaupun ramai yang berdendam nak pijak kepala. Bila ada satu kaedah untuk menjadi berkuasa diperkenalkan oleh barat awal abad 20 yang lalu. Satu sistem mengundi yang memberi peluang setiap batang tubuh komuniti layak memberi undi. Bukan seperti zaman sebelum ini perlukan harta atau nama dan berdamping dengan kerabat-kerabat bangsawan untuk jadi menteri atau kerani. Di zaman sebelum ini kuasa adalah monarki yang perlu dijaga selain pandai berperang dan gagah di medan pertempuran. Namun pada era demokrasi ini, pengaruh lebih penting, puak harus seiiring bagi membentuk se bu ah kumpulan minoriti yang melangkah dan meraih undi bagi mendapatkan majoriti. Manusia tetap manusia yang inginkan keseronokan atau kebahagiaan yang berpanjangan tanpa usaha yang gigih dan memenatkan. Bila sudah dipu...

Politikus: Dari Feudalisme ke Kapitalisme kemudian Liberalisme

Sedar atau tidak dari zaman berzaman sejak manusia mula membentuk kerajaan dan tamadun-tamadun yang hebat, siapakah yang sentiasa dikeliling pemerintah. Siapakah yang menyokong dan menentukan siapa yang patut memerintah atau mengepalai sesebuah kerajaan. Sejak zaman purba lagi sebelum lahirnya demokrasi manusia mendapat kuasa melalui kekuatan tenaga seperti yang termaktub dalam kisah dua anak manusia (Nabi Adam a.s) terawal Habil dan Qabil. Apabila manusia berkembang biak dan pada zaman Nabi Nuh a.s. mereka sudah mempunyai struktur politik yang agak maju. Golongan pembesar yang berkuasa terdiri dari golongan yang berharta dan mempunyai ramai anak dari pengaruh sanak saudara. Moral bagi mereka bukan kriteria penting untuk berkuasa. Perusahaan dan harta adalah faktor utama untuk berkuasa kerana dengannya mereka boleh memiliki kekuatan pekerja dan tentera. Zaman pertengahan sebelum masihi dan beberapa abad selepasnya manusia telah pandai menggunakan senjata bagi memperluaskan kuasa. Ker...

Bila takut hilang kuasa

Setelah dua tahun lebih angin perubahan melanda demokrasi di negara tercinta ini namun titik-titik keinsafan bagi yang kalah dan titik perubahan bagi yang menang agak muram dan kurang bersinar. Bermula dengan sedikit kekecohan apabila kehilangan kuasa dan mengambil alih kuasa adalah babak permulaan dalam penggal ini. Bagi pihak yang mampu menubuhkan kerajaan persekutuan, ia bagaikan satu kecederaan yang agak serius walaupun masih mampu mengekalkan kuasa majoriti. Pihak pembangkang pula telah merintis sejarah dengan kejayaan yang membanggakan. Banyak peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran dan bahan gurauan yang meniti di setiap bibir rakyat jelata. Kita boleh melihat siapa yang betul dan siapa yang salah jika kita rajin menoleh sejarah. Perubahan yang dijanjikan oleh pihak PR yang berjaya menguasai pada mulanya lima negeri namun kehilangan satu akibat sikap beberapa ADUN yang boleh di jual beli agak perlahan dan mungkin kerana kurang pengalaman menjadi kerajaan. Bagi pihak BN pula m...

Bila orang politik berniaga

Sudah menjadi kelaziman, jika sertai politik atau mendapat sedikit kuasa politik maka mulalah adik beradik, saudara mara atau sahabat handai datang menghimpit mencari peluang berniaga. Sebenarnya tidak salah asalkan caranya betul dan tidak menidakkan (menzalimi) orang lain. Fenomena ini telah berlanjutan sejak negara ini semakin maju dalam dasar penswastaannya yang begitu pesat dibawah pentadbiran perdana menteri keempat. Niat menyertai politik telah diserongkan tujuannya kerana ingin kaya. Sememangnya tabiat ini adalah tidak baik dan adakalanya menzalimi orang lain. Ini disebabkan ada mempunyai hubungan maka yang sepatutnya layak diberi tender akhirnya pulang hampa.   Ia telahpun menjadi barah yang menular dalam mentaliti sebahagian rakyat negara ini. Para penyokong juga seakan mengugut kerana inginkan beberapa habuan sampai mencecah kontrak jutaan. Amat sedih sekali jika memikirkan nasib dan untung badan sesebuah kerajaan yang dipelopori ahli-ahli politik yang mahu buat keun...

Pesta demokrasi datang lagi

Satu temasya demokrasi kali yang ke 10 datang lagi dengan ketentuan dari ilahi. Semua ahli parti bagaikan berpesta lagi dengan membawa isu-isu terkini atau yang telah basi demi memikat hati sang pengundi menambah majoriti. Semua pihak yang bertanding memerah keringat, memulas idea serta memecah buyung bajet masing-masing demi merayakannya. Inilah hakikat sebuah pilihanraya ala Malaysia. Pada tanggal 25 haribulan ini menjadi penentu bagi mereka menunjukkan bukti adakah masing-masing masih popular dan dipilih semula. Semua pengundi sebenarnya hiba kerana pada masa inilah kawasan mereka menjadi tumpuan dan berpesta raya. Pertembungan 2 kerajaan menambah lagi kemeriahan dengan pelbagai umpan yang semuanya tak larat dimakan kerana semuanya hanya tawaran tapi hasilnya bergantung kepada keputusan. Buat para pengundi di Parlimen Hulu Selangor, buatlah pilihan kerana kuasa satu undi berada ditangan. Jangan terikut-ikut membuat keputusan tanpa memikirkan kesan dan akibat dari undian yang dibe...