Siapa yang layak?

Kecoh jugak bila keluar berita orang itu sokong orang ini untuk jawatan no. 2 negara. Oh mereka telah memikirkannya walaupun masih lagi menunggu untuk 2 tahun lagi. Biasalah budaya melayu, canag dulu baru sampai.

Bagiku, siapa nak jadi no. 2 bukanlah masalah sangat kerana no.2 ini akan sentiasa terikat, mengikut dan menurut no.1. Jika no.2 ada buka langkah untuk lawan no.1 maka akan ada satu usaha untuk membuang no.2. Itulah budaya politik Malaysia. Selalunya no.2 kemahirannya adalah memegang 'kipas' supaya no.1 sentiasa selesa tanpa curiga atau bersangka-sangka kepadanya kerana no.2 memang perlu banyak sabar dan tidak terlalu mengharap untuk menjadi no.1.
Idea merwar2kan no.2 pada awal waktu masuk fasa pilihanraya adalah satu strategi yang amat licik dan berjaya menggugat kedudukan sesetengah pihak yang amat fanatik bangsa (chauvinisme). Bilakah udaya politik bangsa akan luput tarikhnya dan politik perjuangan perlu bangkit menggantikannya?Buka blog dan baca berita serta komentar, kita pasti dapat jawapannya. Bukan semua orang mahu berbohong namun ramai jugak yang suka berpesepsi yang bukan-bukan namun semuanya ada tujuan pada setiap luahan.

Pemerhatian akan diteruskan dengan 1001 perasaan akan kemajuan pemikiran dan perencanaan politik warisan dan juga perjuangan. Ada orang suka menurut warisan dan ada juga yang suka cetuskan perubahan. Namun cara berpolitik kita kenalah sentiasa mengingati tuhan kerana dia juga yang punya kuasa dan memegang setiap jiwa yang mengundi untuk membuat keputusan.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang