Wikileak media pengadu domba..

Sejak akhir-akhir ini, ramai telah mendengar dengan satu nama baru selain sindrom Facebook yang berjaya menjadi popular ke serata dunia. Ia direka adalah untuk menjadi satu media yang kononnya hasil dari maklumat pihak tertentu yang tepat dan disahihkan. Semua orang politik agak takut dan tidak kurang pula sukakannya. Setiap daripada penemuan atau penyiarannya berjaya menjadikan suasana gamat seketika.

Fenomena wikileaks ini sebenarnya tidaklah begitu menakjubkan namun ia berjaya menggoncangkan akibat ada yang merwar2kannya. Tiada siapa yang suka dijadikan bahan berita namun dipercayai ia juga adalah bahan propaganda yang beragenda. Setiap media sekarang memang punya agenda agar setiap yang berkuasa akan hilang atau kekal berkuasa. Siapa yang mentukan semua ini? Dajjal dan konco-konconya sedang berusaha untuk memecahkan dunia dan inginkan satu pemusatan kuasa.

Siapapun akan menuding jari dari satu arah ke pelbagai arah jika dituding kepadanya. Mereka selalunya terus marah atau membuat satu reaksi sebagaimana fitrah manusia yang sering kalah dengan perasaaan tergopoh gapah. Kesian kepada mereka ang dah lama tinggalkan harga diri iaitu menjual kepercayaan dengan harga yang sedikit. Malas untuk mengenalpasti adalah satu penyakit generasi kini yang cepat melatah bila disuap dengan maklumat-maklumat mentah yang tidak punya kredibiliti untuk terus dipercayai.

Hebatnya seorang insan bernama Julian Assange yang berjaya mencipta satu media baru yang bukan berasaskan keuntungan mungkin sebagai satu jalan untuk mencari kebenaran dengan beberaba ragkaian pemberi maklumat untuk suatu berita yang berjaya menggoncang dunia. Adakah ia satu fakta atau auta untuk kita jadikan sandaran bagi setiap tindakan. Manusia cepat gelabah lalu rebah apabila terlanggar sesawang labah-labah yang hanya merupakan jalinan tisu lemah. Memang fitnah semakin menjadi tetapi jika ia berjaya memporak porandakan keadaan dunia ia adalah satu keuntungan bagi sesetengah pihak yang mungkin kita sendiri tidak nampak.



Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang