Rakyat Salah atau sifat YB teserlah.

 Rakyat atau pengundi telah membuat salah atas pilihan mereka semasa PRU14 dahulu dengan melulu memilih wakil rakyat mereka.

Majoriti rakyat telah memilih kerajaan yang tidak stabil sehingga boleh hilang majoriti sekelip mata atas ketidakpercayaan sebahagian YB sehingga tertubuh kerajaan baharu.

Kerajaan tersebut diwakili oleh satu ‘coalition’ digelar Perikatan Nasional yang menggabungkan kesemua pembangkang dengan kumpulan yang hilang kepercayaan kepada Pakatan Harapan.

Hampir seluruh dunia telah dilanda Covid19 menyebabkan kehidupan manusia beralih kepada apa yang boleh dianggap ‘darurat lembut’ akibat kekhuatiran kerajaan yang binbang kesan kepada ekonomi negara.

Perdana Menteri yang baharu mentadbir kerajaan dengan barisan kabinet baharu setelah mendapat majoriti nipis dan boleh dikatakan sekarang pemerintah 50-50.

Sejumlah 73 Menteri dan Timbalan Menteri telah dilantik bagi membantu PM sebagai pentadbir bagi segala Urusan Seri Paduka sebagai kerajaan persekutuan.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diperkenalkan selama tiga bulan bagi membendung pandemik ini dari terus menular yang boleh menyebabkan kematian.

Pilihan Raya Negeri Sabah diadakan kerana usaha politiking oleh pemerintah 50-50 terus menyebabkan pembubabaran DUN.

Kempen digembeling dengan hebat beribu datang ke sana supaya meyakinkan para pengundi Sabah memilih kerajaan baharu yang senada dengan pemerintah 50-50.

Virus Corona 19 terus ditular dan menular dengan lebih cepat melahirkan kluster-kluster baharu dengan pelbagai nama menyebabkan PKP Bersyarat dijalankan.

Keabsahan Perdana Menteri masih mempunyai Majoriti telah dicabar oleh Ketua Pembangkang dengan membawa dokumen yang menyatakan beliau telah mempunyai cukup YB untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. 

Seri Paduka Baginda menasihatkan Ketua Pembangkang supaya membawa senarai penuh nama-nama YB yang bersetuju menyokong dan melantiknya sebagai PM.

Perdana Menteri telah mengadap agar diberi kuasa bagi mengisytiharkan Darurat namun telah ditolak oleh Majlis Raja-raja kerana tiada keperluan.

Politiking terus dihiasi dengan peristiwa pertemuan dan perbincangan diantara YB-YB yang mahu mempertahankan atau yang mahu mengambil alih pemerintahan.

Rakyat sememangnya telah tersalah pilih pada PRU yang lalu bukan disebabkan budaya politiking para YB yang sibuk berpolitik dari menjadi Yang Berkhidmat tetapi termakan hasutan pihak tertentu.

Penghasut itu juga yang menjadi kerajaan dituduh pengkhianat telah memeterai janji dengan pihak yang diludahi mereka semasa kempen PRU yang lalu.

Rakyat tersalah pilih menyebabkan kerajaan sekarang tepaksa bertahan dengan majoriti yang cukup-cukup makan menyebabkan kerajaan merasa tidak cukup kuat untuk undi belanjawan.

Belanjawan yang lalu adalah hasil buatan kerajaan yang lalu yang mereka tumbangkan sementara pada bulan hadapan mereka perlu mendapatkan undian untuk diluluskan.

Jalan selamat ialah dengan mentadbir negara dalam waktu atau tempoh darurat sepertimana pada zaman MAGERAN dahulu yang diketuai oleh Perdana Menteri Kedua tetapi pada masa itu beliau mempunyai majoriti bukan cukup makan.

Sememangnya rakyat harus dipersalahkan kerana politikus masih bergurau dalam budaya politiking yang menjadi punca kepada maslahah umat diabaikan.

Sepatutnya berpolitik patut telah terhenti selepas habis PRU namun pada penggal kali ini polemik politik semakin menjadi-jadi menyebabkan ketidak tentuan dan keresahan Baginda-baginda Sultan.

Rakyat yang berwawasan akan tersedar dengan kesilapan pada PRU lepas dan akan hadam serta faham perangai para YB-YB mereka.

Masyarakat Malaysia yang insaf dan sedar perlu menukar budaya politiking politikus arus perdana ini yang berdekad kita dipersembahkan dengan cerita konspirasi lama dengan tikar politik baharu.

Kesilapan rakyat ialah masih setia dengan babak drama yang sama tanpa jemu dan muak melalui permainan tikan belakang mengadu domba mereka memperdaya pemikiran manusia.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang