Negara Tan Tin Tun 3
Negara yang pernah digelar tanah jantan nusantara iaitu satu-satunya tanah benua bagi kelompok negara-negara kepulauan Melayu Achipelago ini wujud dengan beratus atau beribu perjanjian. Bermula dari kisah purba Sang Nila Utama dengan Demang Lebar Daun berkonsepkan pemerintahan dewa dan hamba rakyat bawahan sehinggalah perjanjian sebelum kemerdekaan dan selepasnya.
Satu-satunya negara didunia yang mengunapakai pemerintahan Raja Berpelembagaan dengan Demokrasi Berparlimen. Sebuah negeri yang paling awal mengamalkan konsep yang hampir sama dengan konsep ini ialan Negeri Sembilan Darul Khusus. Sekarang terdapat sesetengah negeri juga mempunyai majlis mesyuarat bagi dalam melantik dan memberi nasihat kepada raja secara musyawarah dan bermuafakat.
Sembilan orang Sultan bergilir-gilir menaiki takhta kerajaan persekutuan dan dilantik atau dilucutkan jawatan oleh sebuah majlis raja-raja. Disinilah keunikan sebuah pemerintahan berteraskan demokrasi raja berpelembagaan. Rakyat tidak mengira keturunan ataupun bangsa menumpahkan taat setia kepada raja-raja dan jika ada penderhaka mereka tidak kenal bangsa semuanya adalah rakyat jajahan takluk raja.
Kalau dilihat dari kaca mata sarjana barat sistem beraja ini adalah seakan-akan sistem feudalisme yang diamalkan dimana-dimana benua di dunia. Konsep yang berharta iaitu tuan tanah yang akan mempunyai sebilangan pekerja dimana setiap pekerja adalah hamba abdi mereka atau sebahagian hartanya. Tidak hairan dai barat afrika pada zaman dahulukala terdapat seorang ratu yang memerintah sekumpulan manusia dengan menjalankan perniagaan menangkap dan menjual manusia lain sebagai hamba.
Kembali kepada negara ini, asal permulaannya adalah seorang ketua yang mentadbir atau menguruskan keluarga atau keturunannya oleh sebab itu ianya dipanggil dengan nama Keluarga Orang Kaya Siguntang atau Orang Kaya Paduka Tuan. Mereka pada asalnya sebuah keluarga besar yang mempunyai sistem feudalisme tetapi asalnya berkonsep keluarga yang menguasai sesbuah kawasan denga aktiviti ekonomi utama bercucuk tanam, menternak atau mencari hasil hutan.
Setelah wujudnya banyak kumpulan keluarga maka pertembungan dan krisis tidak boleh dielak menyebabkan berlakunya persengketaan atau apabila orang asing cuba datang mencerobohh. Ini kerana pada zaman itu setiap kawasan adalah eksklusif yang mempunyai tuannya penguasa tersendiri kecuali hutan-hutan yang jauh terpencil dipergunungan.
Pada era awal masihi, tanah semenanjung ini masih lagi sunyi dari mempunyai kerajaan-kerajaan besar kerana penempatan-penempatan yang wujud sepanjang pantai hanya tersiri dari sebilangan kecil orang. Mereka dikenali sebagai orang laut yang selalunya akan diancam oleh lanun-lanun yang bermaharajalela sepanjang persisiran pantai. Selepas pada itu baharulah wujudnya jeti-jeti besar apabila ada kegiatan ekonomi seperti peleburan besi atau perdagangan bijih timah selepas perdagangan rempah.
Kewujudan kerajaan-kerajaan purba juga sebenarnya disebabkan oleh kumpulan-kumpulan keluarga ini bergabung menjadi besar dan kuat sehingga mereka berjaya membina tembok-tembok dan kota-kota. Selepas banyak kerajaan keluarga ini wujud peprangan juga tidak dapat dielakkan dengan prinsip jajah, takluk dan merampas kuasa melalui perkahwinan paksa atau pembunuhan sang ketua.
Bermulalah pembentukan kerajaan-kerajaan yang menebar sepanjang persisiran pantai dan terwujudlah ia dengan nama-nama seperti berikut. Kerajaan Melayu (juga dikenali sebagai Malayu, Kerajaan Dharmasraya atau Kerajaan Jambi; Cina tradisional: 末羅瑜國; pinyin: Mòluóyú Guó, sebutan dibina semula Bahasa Cina Pertengahan mat-la-yu kwok)adalah sebuah kerajaan Melayu (kumpulan etnik) Buddha yang terletak di Asia Tenggara.
Sumber-sumber utama untuk banyak maklumat mengenai kerajaan adalah Sejarah Baru Tang, dan memoir dari sami Buddha Yijing yang melawat pada tahun 671, dan menyatakan "diserap" oleh Srivijaya oleh 692, tetapi telah "dipisahkan" menjelang akhir abad kesebelas menurut Chao Jukua .Lokasi tepat kerajaan adalah subjek kajian di kalangan ahli sejarah. Satu teori ialah kerajaan telah ditubuhkan sekitar Jambi pada Sumatra, Indonesia, kira-kira 300 km di utara Palembang. Menurut teori ini, ia diasaskan oleh kumpulan etnik di kawasan sungai Batanghari dan pedagang emas dari pedalaman Minangkabau.Teori ini dipertikaikan kerana lokasi geografi Jambi bercanggah dengan penjelasan oleh Yijing, yang secara jelas menyebut bahawa kerajaan itu terletak setengah jalan antara Ka-Cha (Kedah) dan Bogha (Palembang)".
Ada beberapa teori mengenai asal-usul perkataan 'Melayu'. Satu teori mencadangkan bahawa ia berasal daripada perkataan bahasa Jawa melayu atau mlayu (bermakna 'lari' atau 'berjalan lancar'), untuk menggambarkan arus sungai yang kuat di Sumatra yang dikenali dengan nama "Sungai Melayu".[6] Nama ini kemudiannya diguna pakai oleh Kerajaan Melayu, kerana ia adalah biasa bagi orang-orang di rantau ini yang dikenali dengan nama sungai di mana mereka menetap.
Satu lagi teori berpendapat bahawa ia berasal dari perkataan Tamil Malai dan ur yang bermaksud 'gunung' dan 'bandar', merujuk ke bandar Jambi di Pulau Sumatra.
Penampilan sastera awal di Vayu Purana di mana perkataan "Malaya Dvipa" (secara literal "pulau pegunungan") disebutkan, merujuk kepada kawasan pergunungan Barisan di Pulau Sumatra. Kemudian, istilah "Maleu-Kolon" digunakan di Geographia oleh Ptolemy yang dipercayai berasal dari istilah Sanskrit malayakolam atau malaikurram, menurut G. E. Gerini, Maleu-Kolon merujuk kepada Pulau Bintan hari ini.
Pada abad ke-7, penggunaan pertama istilah untuk sebuah negara atau kerajaan telah direkodkan oleh Yijing merujuk kepada Srivijaya.
Dinasti Jawa Timur prasasti Anjukladang bertarikh dari 937 M Kerajaan Medang menyatakan kedudukan Sima diberikan kepada kampung Anjukladang dan jayastambha (tugu kemenangan), yang kemudian ditingkatkan sebagai kuil, didirikan sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan mereka untuk menangkis kuasa-kuasa penyerang dari Malayu. Candi yang disebutkan di sini mungkin Candi Lor yang terbuat dari batu bata yang kini reruntuhan, terletak di desa Candirejo di Nganjuk.[17] Sebutan mengenai pasukan Malayu merujuk kepada nama lama Kerajaan Malayu Sumatera, yang mungkin merujuk kepada Srivijaya sebagai gantinya. Ini bermakna pada abad ke-10, orang Jawa mengenal pasti musuh mereka yang berasal dari Sumatra sebagai "Malayu".
Sebuah prasasti di dinding selatan Kuil Brihadeeswarar abad ke-11 juga merujuk kepada Malaiyur, sebuah kerajaan yang mempunyai "gunung yang kuat untuk bentengnya" dalam penaklukan Chola di Semenanjung Tanah Melayu jatuh kepada penceroboh Chola semasa kempen Rajendra Chola I.
Dalam Dinasti Yuan (1271-1368) dan Dinasti Ming (1368-1644), perkataan Ma-La-Yu sering disebut dalam teks-teks sejarah China - dengan perubahan ejaan sebab jangka masa antara dinasti - untuk merujuk kepada sebuah negara di laut selatan. Antara istilah yang digunakan ialah "Bok-la-yu", "Mok-la-yu" (木 剌 由), Ma-li-yu-er (麻 里 予 兒) dikesan dari sumber penulis sami Xuanzang, dan Wu-lai-yu (無 来由). Dalam kronik Dinasti Yuan, perkataan "Ma-li-yu-er" disebut dalam menggambarkan pengembangan selatan Sukhothai terhadap empayar Melayu (Srivijaya)
Bersambung...
Comments
Post a Comment