PESANAN DARI A HINGGA Z.
Apakah mudarat jika ianya Darurat Politik?
Berpolitik sememangnya profesion mereka bukan sekadar bersuka tetapi untuk Kuasa.
Bila musim pilihanraya mereka kempen sini sana terjah semua menawan hati pengundi semua.
Cuba kita fikir satu negeri terkena wabak tetapi kerana harapkan satu undi biarkannya membiak.
Dulu kalau larang orang luar ke negeri itu biar orang tempatan sahaja tidak mengapa.
Enigmanya orang yang terkurung dan terpenjara menjadi dijangkiti hingga menjangkiti orang yang diluar.
Fasih mereka berhujah dengan pelbagai alasan dari bala yang menimpa.
Gunalah akal yang suci dengan minda yang terbuka pandemik ini hasil kerja yang ada tujuan bagi mereka yang ingin menimba labanya.
Hari ini dan semalam wabak ini menjadi mimpi ngeri dan rasa tidak tenteram kepada semua orang seluruh alam.
Impian semua manusia mahu bebas hidup seperti sediakala bukan huru-hara seperti setelah tiupan sangkakala.
Jangan terlalu berpolitik sehingga lupa batas dan normanya kerana kesannya jejaskan ritma dan irama kehidupan manusia.
Kesihatan adalah penting yang menjamin kita merasa kenikmatan sebuah kehidupan.
Luasnya warna sikap manusia tersirna ada yang gelap buruk menyeramkan atau cerah terangnya mendamaikan.
Malaysia adalah bumi bertuah buat semua manusia pelbagai ras keturunan semua benua.
Neraca keadilan dan kemakmuran untuk dinikmati bersama bukan atas sikap kepartian yang menyalakan perbezaan.
Obor yang memayungi dan menyinari kegelapan serta ketakutan rakyat dinyalakan dari singgahsana.
Perkukuhkan kestabilan dengan kebijaksanaan bukan nafsu yang membakar menghitamkan tangan pemegang belati kuasa.
Quran dan Hadis telah menceritakan sebagai panduan setiap kejadian yang berputar pada roda cakra kehidupan.
Raja dan Rakyat berpisah tiada menjadikan ia teguh dari ganggu gugat mereka para pendusta yang membinasa.
Sungai jernih mengalir mengairi kehidupan dengan arus muafakat yang membawa berkat.
Tuhan selalu menguji manusia dengan menghantar bencana kadangkalanya cuaca atau penyakit yang disebabkan oleh tangan-tangan manusia.
Untungnya mereka yang bersabar kerana buahnya akan dituai dengan nikmat kebesaranNya.
Virus bahaya boleh dikekang seperti juga perang yang memerlukan perjuangan serta toleransi rakyat semua.
Warna persengketaan yang melanda mengacau bilau dan siapa yang lemah akan menjadi sasau serta hilang punca.
X dengan memilih semula pemimpin wibawa bagi mengemudi sebua bahtera buana tercinta.
Ya Allah kau lindungilah tanah air kami dari bala bencana yang dasyat dan membebankan kehidupan rakyatnya.
Zaman sudah berlalu bukan lagi seperti dahulu kerana teknologi media maya telah menjadi massa dan perdana membuatkan manusia boleh tahu segala-galanya.
Comments
Post a Comment