Politik Diluar Kemungkinan

Politik diluar segala kemungkinan dengan sejarah yang melakar beberapa kesan dan parut tetapi perbezaan cara berfikir membuatkan mereka bersama dalam motif penentu kemenangan.

20 tahun yang lalu mereka adalah regu wawasan namun bila ada penasihat berkepentingan maka kedua-duanya bermusuhan membentuk blok politik yang saling bertentangan.

Tun M adalah pelakar sejarah politik dengan pelbagai insiden dan beliau berkuasa selepas amanat haji hadi, pengharaman UMNO 1987 serta penubuhan S46 dan APU (Angkatan Perpaduan Ummah).

Beliau sekali berdepan dengan Era Reformasi selepas insiden 1998 dengan BA (Barisan Alternatif) ditubuhkan tetapi mengekalkan kemenangan pada PRU 1999.

Selepas persaraannya, kemenangan besar pd PRU 2004 oleh penggantinya Tun Abdullah mampu bertahan hanya sepenggal selepas dinafikan kekalahan pada 2008 oleh Pakatan Rakyat.

Kini sekali lagi dalam pusingan dua dekad sejarah kembali tercipta dengan gabungan lebih besar dari pakatan rakyat kepada pakatan harapan bagi mengulangi momentum 52% undi popular pada PRU2013 dan kini pada PRU 2018 melalui dua parti serpihan PAS(AMANAH) dan UMNO(PPBM) bagi meraih kepercayaan melayu gabungan Pakatan Harapan.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang