Pertembungan & Pergabungan

Pakatan Harapan adalah garapan dari gabungan dua tokoh terkemuka dalam arena politik tahun 90an. Mereka adalah regu yang sukar ditandingi kawan dan lawan dalam gandingan kuasa termantap pada ketika itu.

Kelompok sosialis dan konservatif tidak mendapat tempat dikalangan majoriti rakyat kerana sejak zaman penerapan nilai2 islam serta dasar penswastaan yang memberikan peluang pekerjaan rakyat terbuka luas.

Seorang yang mempunyai pengaruh golongan muda dan ‘moderate islamis’ dibawa masuk didalam kabinet yang diketuai oleh seorang ‘ultra nasionalis’ yang meletakkan wawasan 2020 dan imej masyarakat madani menjadi kepercayaan kebanyakan golongan profesional melayu dan masyarakat luar bandar.

Kini walaupun regunya terpenjara namun semangat toleransi dan gagasan gabungan pembangkang yang ‘defactonya’ adalah beliau sekali lagi bergabung dalam satu pakatan yang hampir sama malah lebih kukuh lagi dengan penyertaan bekas musuh mereka pada era 1990 iaitu DAP.

Satu ‘kuasa kuadro’ bergabung dalam satu pakatan yang akan memberi harapan baharu bagi mereka yang telah lama bercita-cita menumbangkan barisan kerajaan semasa. Empat parti dengan ideologi berbeza iaitu PKR, DAP, AMANAH dan PPBM telah membentuk satu pakatan baharu dengan membawa tema harapan rakyat (HARAPAN).

Jika ia satu menu masakan maka sekarang ini rakyat telah dihidangkan dengan satu bufet makanan yang lebih mempunyai kepelbagaian idealisma yang boleh mencari titik persamaan walaupun berbagai persoalan wujud jika dilihat akan perbezaannya.

Mereka bergabung untuk memberi satu tawaran kepada para pengundi untuk menjadi pilihan dalam membentuk sebuah kerajaan persekutuan baharu dengan menggantikan satu barisan yang telah terlalu lama memerintah sehingga sering melupakan keburukan mereka dan jauh lebih sedar kerana masih ditampuk kuasa.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang