Tamatkan riwayat politik bangsa..

Setelah 53 tahun dibenarkan merdeka oleh kuasa yang datang menjajah dengan pelbagai syarat yang dipersetujui dalam sebuah perlembagaan yang menjadi sanjungan semua. Negara ini ditubuhkan atas pemuafakatan pelbagai kaum yang berbilang bangsa dan agama membuatkan uniknya Malaysia. Satu persetujuan yang berjaya menamatkan kuasa penjajah dengan terciptanya sejarah pemerintahan majmuk dinaungi raja-raja dari sembilan negeri.

Generasi selepas merdeka terutamanya golongan muda kebanyakannya terpelajar telah mengembangkan minda mereka dengan pelbagai ideologi dan cara berfikir serta menganuti pelbagai budaya dunia. Mereka mula mempunyai semangat berorganisasi dengan mewujudkan pelbagai kumpulan bebas yang dikategorikan sebagai badan bukan kerajaan (NGO). Semuanya wujud atas budaya kebebasan berfikir yang diwar-warkan barat dan dunia antarabangsa. Di dalam Islam ia menggalakkan umatnya mempunyai 'jemaah' bagi membentuk kekuatan dalam menghadapi sebarang tekanan demi kelansungan anutan penganutnya.

Pertembungan idea muncul apabila terdapat pelbagai golongan yang belajar dari seluruh dunia membawa pulang pengaruhnya ke dalam negara. Jika diteliti dan dikaji maka akan kita fahami apa yang dialami ketika ini hasil yang dituai atau bunga yang telah mekar atas nama ekspedisi mencari ilmu di merata negeri. Pengaruh politik dalam negara memang banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran moden yang datang dari pelbagai identiti fikiran para ilmuan ini. Mereka yang pulang dari Amerika, Eropah (London), Asia Barat (Mesir dan Jordan), Benua kecil (India dan Pakistan), China, Jepun dan jiran terhampir Indonesia. Semuanya semasa bergelar mahasiswa sememangnya pernah menjadi solidariti setiap gerakan politik mahasiswa yang bergantung kepada semaraknya api cetusan politik sesebuah negara. Kebanyakannya masih lagi berkisar tentang ideologi utama politik dunia ketika itu selepas kejatuhan sistem monarki dan khalifah islam yang berkuasa sebelum ini. Idealisme Sosialisme, Nasionalisme, Komunisme telah menjajah minda mereka dan walaupun mereka berfahamkan satu idealisma namun mereka masih mempunyai titik pemikiran yang berbeza.

Suatu ketika dulu politik atau cara mendapatkan kuasa adalah memiliki kuasa sakti lura biasa yang ditakuti semua. Selepas itu disatukan manusia melalui semangat beragama yang kan menentukan kuasa dan sempadan negara. Bila politik bangsa diterapkan selepas tempoh penjajahan yang lama semangat menuntut bela dan perjuangan bangsa menjadi titik tolak bagi kemp[en mendapatka kuasa. Hari ini politik berlandaskan persamaan Idea dan Kefahaman perkongsian kuasa serta pertembungan dari segi titik persamaan dijadikan agenda utama dalam misi memiliki kuasa bagi merialisasikan agenda dengan membelakangi perbezaan idealisme tetapi persamaan cara yang akan mentukan semula kisah politik di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang