Kenapa burukkan demokrasi

Pentas politik negara akhir-akhir ini sering dikotori oleh mereka yang ingin melebarkan pengaruh demi mendapatkan atau mengekalkan kuasa.

Bila kuasa tidak dapat dipertahankan, selagi boleh ia berusaha berlawan untuk meraih sokongan. Bersangka-sangka dengan fitnah yang ditabur merata akan menjerat sesiapa sahaja yang lemah mindanya.

Mereka akan terima bulat-bulat seperti patik menjunjung daulat dan dengan semberono menabur keringat atas setiap usaha bagi menyatakan sokongan yang kuat.

Jika dicongak, ada dua kumpulan yang ingin berkuasa dan saling menabur jasa namun apabila majoriti tidak seberapa akan ada kesukaran untuk mereka membuat kerja.

Namun hakikat demokrasi jika masih punyai kelebihan walaupun dengan satu sahaja ia tetap berjaya walaupun majoriti tidak seberapa.

Janganlah burukkan demokrasi dengan begitu beriya mahu membolot semua sehingga lupa kuasa yang ada hanyalah kemenangan demokrasi yang hakikatnya adalah sementara.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang