Politik mengumpul harta si durjana

Sejarah kekuasaan di masa lalu bermula dari sebuah keluarga yang membesar dan akan dilantik menjadi ketua puak yang selalunya digelar nama nenek moyang mereka. Kemudian tempat-tempat ini wujud dengan nama keluarga-keluarga ini seperti di beberapa kawasan timur tengah iaitu penempatan manusia terawal dari keluaraga Nabi Adam a.s. Keturunannya berkembang biak sehingga satu kejadian pembersihan oleh banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s. Selepas itu, manusia yang terselamat didalam kapal tersebut menyambung legasi kehidupan manusia sehingga berjumlah beribu juta yang ada pada hari ini.

Pada zaman perkembangan manusia, beberapa keluarga telah berkembang biak menjadi kelompok-kelompok yang bayak melalui perkahwinan dan penghijrahan setiap keluarga ke seluruh benua. Pada masa ini mereka selalunya melantik ketua keluarga selalunya anak lelaki pertama sebagai ketua dan pemegang amanah menjaga sesebuah keluarga. Kemudian muncul pula ketua yang berkuasa atau mempunyai kebihan tertentu seperti tenaga dan tubuh yang perkasa. Apabila kelompok mereka mencapai jumlah yang besar maka ketua selalunya akan dilantik melalui pengaruh sebilangan pengikut atau harta kekayaan yang mampu mengumpul pengikut seperti tanah-tanah ladang yang luas selain mengamalkan sistem penghambaan. Setelah wujudnya satu penempatan yang besar yang merebak sehingga wujudnya wilayah-wilayah besar maka ketua-ketua tersebut telah mempunyai para pengawal peribadi dan kemudiannya tentera bagi menjayakan setiap agenda dan kemahuan pemimpin mereka. Pada masa inilah kerajaan-kerajaan feudal dan monarki berkuasa dan memerintah dari satu generasi ke satu generasi dengan dibayangi oleh keluarga yang terdiri dari golongan-golongan bangsawan dan para elit tentera. Kemudian sistem ini berkembang sehingga terjadinya satu proses revolusi yang menidakkan penghambaan dan satu gerakan politik yang mula mencabar kuasa monarki. Pada masa itulah wujudnya berbagai-bagai ideologi yang mula bergerak sejurus dengan berlakunya satu peristiwa besar dinamakan revolusi industri atau revolusi perancis yang berjaya membentuk sebuah negara yang memisahkan kuasa raja dan gereja bagi satu sistem pemerintahan dari orang ramai iaitu sistem republik.

Setiap masyarakat memerlukan ketua bagi mengawal dan menyelia mereka dari segi keselamatan dan ekonomi. Pada masa dulu ketua bukan pilihan bagi rakyat bawahan namun kini rakyat bawahan yang berkuasa memilih ketua. Di China, mereka mengalakan kesatuan keluarga atau kesatuan yang berasaskan seni mempertahankan diri bagi mewujudkan satu blok kuasa selepas berakhirnya pemerintahan beraja  Manchuria. Namun mereka masih terikat dengan sistem politik bawahan yang mewujudkan ketua-ketua kampung kemudiannya sistem politik kepartian dengan wujudnya berbagai persatuan dan kesatuan. Sistem ini selalunya agak goyah berikutan para ahli dan ketua sering bertelagah dan berpecah akibat dari satu isu yang tidak dapat diputuskan dalam perbincangan. Mereka telah terpecah dengan kepelbagaian ideologi yang berbeza serta objektif pemerintahan yang dipratikkan. Ini menyebabkan satu pemusatan kuasa hampir mustahil untuk mnedapatkan satu kuasa majoriti jika tidak ada unsur tawaran dan pembelian budi dan strategi ini mewujudkan satu golongan kroni yang menyumbang kepada satu dana bagi tujuan mendapatkan kuasa.

Setelah satu sistem demokrasi wujud di kebanyakan negara, sebuah sistem hasil mutasi dari strategi ini telah muncul dengan berkembangannya satu golongan rangkaian oleh keluarga-keluarga bangsawan dan hartawan. Segala perbelanjaan negara telah dikawal melalui pemberian projek-projek kerajaan kepada hanya sesetengah golongan membelakangi peraturan penawaran sebelum pembelian menjadi budaya sehingga kepada kakitangan dan pekerja bawahan. Sistem ini berlaku apabila wujud campurtangan dari peringkat kepimpinan dan merebak kepada ketua bawahan yang sentiasa menadah lelehen rasuah atau rezeki haram yang tumpah. Maka berlakulah satu kerosakan dari segi kos perbelanjaan atau pembelian menyebabkan dana yang keluarkan tidak sampai menyeluruh kerana hanya bertukar tangan di sekitar lingkungan. Mereka mengamalkan sistem komisen atau upah konsultasi yang tidak mengeluarkan modal membeli tetapi hanya menggunakan tawaran dan persetujuan yang akhirnya menambah kos perbelanjaan. Jadi dana tersebut akan diagihkan sebagai habuan atau rasuah jalanan bagi setiap aktiviti yang memerlukan upahan.

Kekayaan yang diperoleh adalah akibat limpahan dan ketamakan sesetengan ketua atau orang disekelilingnya untuk terus mendapatkan kemewahan. Hidup mewah tanpa perlu usaha yang setimpal atau dengan cara yang mengikut peraturan adalah suatu yang sukar untuk dilakukan. Jika ada kuasa dan ia seringkali digunakan untuk mengambil setiap peratus komisen dan saguhati dari sebarang urusan pembelian atau penawaran projek amat menyedihkan kerana golongan ini sering tamak dan semakin rakus memboloti peluang untuk terus bermewah walaupun sudah tidak berada di anjung pemerintahan.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang