Perubahan yang mendebarkan

Satu peristiwa yang mungkin telah menjadi satu budaya baru bagi beberapa warga timur tengah apabila Mesir menjadi negara kedua selepas Tunisia. Mereka telah berusaha dengan pelbagai cara dan menyerlahkan emosi dengan satu acara besar-besaran iaitu berhimpun menyatakan perasaan. Satu himpunan yang berjaya menyatukan majoriti penduduknya dengan luahan yang amat bermakna walaupun ada segelintirnya yang tergelincir keluar landasan kerna tidak mampu lagi mengawal emosi. Itulah manusia bila mereka kehabisan usaha dan tenaga akhirnya melakukan tindakan terakhir dan berkorban demi sebuah masa depan negara mereka.

Semua orang perlu mengambil 1001 ikhtibar dari keadaan berlakunya peristiwa ini sebagai satu pelajaran dan pengalaman yang baik untuk difikirkan. Seorang yang telah berkuasa berfikir dan menentukan corak kehidupannya tersendiri (berdikari) dan apa yang dikatakan 'mumayyiz' iaitu permulaan tanggungjawab  kepada maha penciptanya. Namun disebaliknya kita perlu memahami atau menjadi seorang warga yang baik dan perlu memenuhi prinsip yang telah ditetapkan semasa pembentukan atau perlembagaannya diwartakan. Rakyat adalah kekuatan dan kuasa dalam membentuk sesebuah negara jika dalam kontek demokrasi dimana setiap mereka mempunyai satu hak memilih pemimpin bagi membentuk sebuah kerajaan yang mentadbir amanah dalam mentadbir negara. Pada suatu ketika dahulu (beribu tahun yang lalu) rakyat adalah aset sesebuah negara kerana sistem politik yang berjalan adalah dari satu kuasa atau autoriti feudal yang memilikkan negara oleh sebuah keluarga atau sekumpulan bangsawan. Rakyat hanya sebagai pembayar cukai atau pekerja yang hanya mempunyai hak dalam mendapat pendapatan atauterikat dengan satu sistem penghambaan yang telah pupus.

Sekarang adalah zaman dimana rakyat mendapat lebih kebebasan namun masih dikawal oleh beberapa peraturan sebagai batasan dan sememangnya ia penting dalam memimpin manusia kerana perlukan satu barisan saf kepimpinan. Lapis sosial masyarakat semakin rapat walaupun masih wujud golongan yang hidup dibawah garisan kemiskinan namun mereka boleh bergerak bebas dan berusaha mengubah hidup dan menambah pendapatan walaupun ruang serta lorong kehidupan semakin sukar akibat beberapa sistem pemerintahan. Setelah tertekan beberapa lama generasi pertama mungkin boleh menelan dan bersabar atas pengalam yang dilalui namun bagi generasi kedua yang merasainya merasakan ia satu bebanan dengan kehidupan kerana mereka membesar dengan sistem kehidupan yang agak sukar disamping emosi belia yang agak ekstrimis. 

Apabila dua generasi bergabung dan bersependapat dalam satu idealisma perubahan maka wujudlah satu agenda perubahan yang menjatuhkan sebuah kerajaan. Mereka telah bersatu dalam membentuk satu kuasa yang berjaya memaksa kerajaan dalam memberi mereka peluang memberi kuasa (mandat) dengan satu acara pemilihan yang bersih dalam memilih sesebuah kerajaan. Satu kuasa yang akan memberikan mereka harapan untuk menyegarkan semula sebuah tatacara pemerintahan dan membuat satu perubahan yang membolehkan mereka mengubah atau menaikkan taraf kehidupan. Ia adalah harapan dan impian yang memerlukan satu takdir bagi merealisasikannya. Usaha dan pengorbanan selalunya membuahkan kejayaan kerana tuhan yang menjanjikan dalam firmannya.

Satu pengajaran yang berguna ialah kita dapat melihat satu 'trend' atau corak baru pemikiran dan juga siapakah yang berkuasa sebenarnya dalam mengatur politik dunia (negara) masakini. Siapakah yang akan mengambil bahagian dalam perubahan ini? Siapakah dibelakang sesebuah negara dalam bergerak atau beroperasi dalam suasana revolusi menukar sesebuah kerajaan? Sememangnya jawapan telah bermain difikiran. Telah terbentang sebuah filem atau dokumentari yang amat mendebarkan dan cukup mudah untuk kita memahami sepertimana dalam firman tuhan yang bermaksud 'tidak diubah nasib sesuatu kaum kecuali mreka yang mgubahnya' , 'Dia (Allah) berkuasa untuk memberi atau mecabut sesebuah kerajaan'.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang