Bagaimanakah Siasah Syariyyah Rasulullah?

Tertarik dengan senario politik hari ini apabila wujud perselisihan faham sesama Muslimin tentan cara atau metodologi dalam mewujudkan satu cara pemerintahan baru yang sesuai dan boleh diamalkan pada abad ini. Kita boleh lihat dengan cara RASULULLAH memerintah Madinah dengan kaedah siasah syar...iyyahnya. Bagaimana dalam masyarakat Madinah yang mempunyai komposisi kaum lebih kompleks berbanding Malaysia.

Arab bukan sahaja disatukan atara Puak Aus dan Khajraj (Ansar) malah di saudarakan dengan Arab Muhajirin pendatang dari Mekah. Mereka diberi tanah dan peluang ekonomi yang sama tanpa ada KELEBIHAN yang sebenarnya mewujudkan PENINDASAN walaupun sememangnya diketahui Bangsa Arab juga terdiri dari pelbagai kabilah. Kemudian Bangsa Yahudi yang mempunyai banyak kabilah seperti Bani Quraizah dan Bani Qainuqa' dapat menguasai ekonomi oleh kerana kepandaian mereka selagi mereka tidak memusuhi ISLAM secara terang-terangan. Dalam pada masa itu juga Madinah sentiasa didatangi oleh orang-orang Ajam (bukan semitik) yang sama2 hidup dalam komuniti kota ini.

Sirah Rasulullah adalah amat penting dikala zaman yang sarat dengan angin fitnah sehingga memasuki kedalam rumah dengan berbagai media yang pantas. Kita tidak salah untuk mengambil pengajaran dan contoh siasah2 lain namun yang paling aula ialah kita perlu tahu membezakannya agar tidak menyimpang dengan apa yang telah digarap dan dipratikkan oleh Rasulullah S.A.W.

Para ulama (Amirul Mukminin) terdahulu dan juga Khalifah (Penguasa) pada zamannya telah berjaya mentadbir dengan baik tanpa meninggalkan apa yang telah diperintahkan oleh ALLAH S.W.T dan Rasulnya.Mereka dapat mentadbir dengan baik,menggunakan pendekatan siasah yang sesuai dengan cara dan ideologi pemikiran pada masyarakat sezamannya tanpa membelakangi firmanNYA dan hadis rasulNYA. Kita sememangnya perlu berani untuk menerima atau berusaha mengelak dari terjerumus dari melakukan apa yang dilarangNYA.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang