Posts

Showing posts from 2011

Kebersihan Amalan Kita

Kebanyakan kita inginkan kebersihan walaupun masih ada segelintir yang selesa hidup dalam kekotoran. Tidak kira kebersihan dalam persekitaran ataupun di dalam pemikiran. Apabila ada nilai pencemaran yang menganggu kabut persekitaran dan pemikiran maka ia perlu dibersihkan dengan seberapa usaha dan cara pembersihannya.  Ada cara pembersihannya menggunakan sepucuk surat komentar atau secoret kata siaran akhbar. Majoritinya hanya mengeluh dan bercerita tentang masalah yang menimpa mahupun menjadi bualan rumahtangga. Namun ada pihak yang sukarela berkorban dengan berduyun-duyun bergotong-royong membersihkan kekotoran sekeliling yang melata menyakitkan pandangan mata. Ramai juga yang masih rasa selesa dengan apa yang ada di depan mata dengan harapan ia akan di selesaikan oleh pihak berkuasa. Bila tuntutan tidak dilayan, sapa tidak bersaut dan senyum tidak bersambut menyebabkan harapan selama ini perlu diteruskan dengan acara pembersihan yang mungkin mendapat halangan. Setiap cerita ad...

Politik mengumpul harta si durjana

Sejarah kekuasaan di masa lalu bermula dari sebuah keluarga yang membesar dan akan dilantik menjadi ketua puak yang selalunya digelar nama nenek moyang mereka. Kemudian tempat-tempat ini wujud dengan nama keluarga-keluarga ini seperti di beberapa kawasan timur tengah iaitu penempatan manusia terawal dari keluaraga Nabi Adam a.s. Keturunannya berkembang biak sehingga satu kejadian pembersihan oleh banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s. Selepas itu, manusia yang terselamat didalam kapal tersebut menyambung legasi kehidupan manusia sehingga berjumlah beribu juta yang ada pada hari ini. Pada zaman perkembangan manusia, beberapa keluarga telah berkembang biak menjadi kelompok-kelompok yang bayak melalui perkahwinan dan penghijrahan setiap keluarga ke seluruh benua. Pada masa ini mereka selalunya melantik ketua keluarga selalunya anak lelaki pertama sebagai ketua dan pemegang amanah menjaga sesebuah keluarga. Kemudian muncul pula ketua yang berkuasa atau mempunyai kebihan tertentu seperti tena...

Perubahan yang mendebarkan

Satu peristiwa yang mungkin telah menjadi satu budaya baru bagi beberapa warga timur tengah apabila Mesir menjadi negara kedua selepas Tunisia. Mereka telah berusaha dengan pelbagai cara dan menyerlahkan emosi dengan satu acara besar-besaran iaitu berhimpun menyatakan perasaan. Satu himpunan yang berjaya menyatukan majoriti penduduknya dengan luahan yang amat bermakna walaupun ada segelintirnya yang tergelincir keluar landasan kerna tidak mampu lagi mengawal emosi. Itulah manusia bila mereka kehabisan usaha dan tenaga akhirnya melakukan tindakan terakhir dan berkorban demi sebuah masa depan negara mereka. Semua orang perlu mengambil 1001 ikhtibar dari keadaan berlakunya peristiwa ini sebagai satu pelajaran dan pengalaman yang baik untuk difikirkan. Seorang yang telah berkuasa berfikir dan menentukan corak kehidupannya tersendiri (berdikari) dan apa yang dikatakan 'mumayyiz' iaitu permulaan tanggungjawab  kepada maha penciptanya. Namun disebaliknya kita perlu memahami atau menj...

Bagaimanakah Siasah Syariyyah Rasulullah?

Tertarik dengan senario politik hari ini apabila wujud perselisihan faham sesama Muslimin tentan cara atau metodologi dalam mewujudkan satu cara pemerintahan baru yang sesuai dan boleh diamalkan pada abad ini. Kita boleh lihat dengan cara RASULULLAH memerintah Madinah dengan kaedah siasah syar...iyyahnya. Bagaimana dalam masyarakat Madinah yang mempunyai komposisi kaum lebih kompleks berbanding Malaysia. Arab bukan sahaja disatukan atara Puak Aus dan Khajraj (Ansar) malah di saudarakan dengan Arab Muhajirin pendatang dari Mekah. Mereka diberi tanah dan peluang ekonomi yang sama tanpa ada KELEBIHAN yang sebenarnya mewujudkan PENINDASAN walaupun sememangnya diketahui Bangsa Arab juga terdiri dari pelbagai kabilah. Kemudian Bangsa Yahudi yang mempunyai banyak kabilah seperti Bani Quraizah dan Bani Qainuqa' dapat menguasai ekonomi oleh kerana kepandaian mereka selagi mereka tidak memusuhi ISLAM secara terang-terangan. Dalam pada masa itu juga Madinah sentiasa d...

Pengkhianat dimana jua.

Politikus sekarang punya mentaliti, jika ada wang semua boleh jadi dan senang mendapat undi. Pengundi sekarang majoritinya nak pilih wakil yang berduit dan boleh beri itu ini. Inilah senario rantaian hubungan politik kita. Untung kita ada negara yang serba mewah dimana rezkinya melimpah ruah walaupun telah diratah mentah-mentah oleh sang penjajah yang masih dikagumi oleh segelintir orang kita. Sekarang juga rezkinya melimpah dan semua orang mengerumuninya sehingga terpanggil orang-orang asing menceroboh masuk tanpa perasaan bersalah. Rosak pohon kerana pucuk atau akarnya memang boleh dijadikan simpulan bahasa bagi yang suka berpuitis. Namun yang mana satu akan mempercepatkan pereputannya?itu adalah bidalan bagi sebatang pohon. Jika ia adalah rumpai maka pucuknya akan layu dahulu namun jika batangnya besar, daunnya gugur dahulu diikuti rantingnya sehingga akar akan menjadi tunggul kenangan dan mungkin juga terbinanya busut jantan. Kesuburan atau kerosakan sesebuah pohon pula mesti dipe...

Politik panas pengalaman baru untuk semua

Sungguh sarat dengan kontroversi yang bertimpa-timpa dicanangkan oleh media pedana negara. Ia bagaikan satu pesta sorak sorai orang politik. Bila sebelah sana melambungkan 'bola' maka sebelah sini akan menepis dengan penuh bergaya. Jadi penonton pula berjoget dan gelak ketawa tanda semangat inginkan bergelar juara. Sebenarnya apa yang berlaku adalah pengalaman berharga untuk kita yang baru mengecapi erti demokrasi hampir 60 tahun. Usia yang agak matang namun masih muda jika dibandingkan dengan sesetengah negara terutamanya negara kaya. Justeru itu kita harus terima perubahan yang berlaku sebagai satu pelajaran baru kerana manusia takkan mungkin timba pengalaman tanpa sesuatu kejadian atau kemalangan yang membolehkan mereka mencipta satu titik kebijaksanaan. Pengalaman agak penting bagi kita terus melangkah dengan lebih kemas supaya tidak tersungkur untuk kali kedua. Lihatlah suasana panas politik negara yang sebenarnya adalah pengalaman dan pengajaran yang amat berharga. Bo...