Politik panas pengalaman baru untuk semua

Sungguh sarat dengan kontroversi yang bertimpa-timpa dicanangkan oleh media pedana negara. Ia bagaikan satu pesta sorak sorai orang politik. Bila sebelah sana melambungkan 'bola' maka sebelah sini akan menepis dengan penuh bergaya. Jadi penonton pula berjoget dan gelak ketawa tanda semangat inginkan bergelar juara.


Sebenarnya apa yang berlaku adalah pengalaman berharga untuk kita yang baru mengecapi erti demokrasi hampir 60 tahun. Usia yang agak matang namun masih muda jika dibandingkan dengan sesetengah negara terutamanya negara kaya. Justeru itu kita harus terima perubahan yang berlaku sebagai satu pelajaran baru kerana manusia takkan mungkin timba pengalaman tanpa sesuatu kejadian atau kemalangan yang membolehkan mereka mencipta satu titik kebijaksanaan.


Pengalaman agak penting bagi kita terus melangkah dengan lebih kemas supaya tidak tersungkur untuk kali kedua. Lihatlah suasana panas politik negara yang sebenarnya adalah pengalaman dan pengajaran yang amat berharga. Boleh dilihat bagaimana kuasa adalah segalanya dan kelebihan meraih kuasa juga merupakan satu perbalahan emosi manusia. Jika kita seorang yang ingin mengetahui kita akan dapati jawapan-jawapan yang terjadi adalah hasil dari tindakan dan sifat berlawan secara provokasi.


Politik kian panas bila pilihanraya mula dicanang untuk diadakan semula kerana mereka yang berkuasa perlu pertahankannya dan yang kehilangannya perlu bersungguh-sungguh merebutkannya semula. Kita boleh lihat mereka sentiasa mencipta berita dan bijak unruk menjadikan isu sesuatu peristiwa bagi melihatkan bahawa mereka benar-benar boleh diberikan kuasa.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang