Pengkhianat dimana jua.

Politikus sekarang punya mentaliti, jika ada wang semua boleh jadi dan senang mendapat undi. Pengundi sekarang majoritinya nak pilih wakil yang berduit dan boleh beri itu ini. Inilah senario rantaian hubungan politik kita. Untung kita ada negara yang serba mewah dimana rezkinya melimpah ruah walaupun telah diratah mentah-mentah oleh sang penjajah yang masih dikagumi oleh segelintir orang kita. Sekarang juga rezkinya melimpah dan semua orang mengerumuninya sehingga terpanggil orang-orang asing menceroboh masuk tanpa perasaan bersalah.

Rosak pohon kerana pucuk atau akarnya memang boleh dijadikan simpulan bahasa bagi yang suka berpuitis. Namun yang mana satu akan mempercepatkan pereputannya?itu adalah bidalan bagi sebatang pohon. Jika ia adalah rumpai maka pucuknya akan layu dahulu namun jika batangnya besar, daunnya gugur dahulu diikuti rantingnya sehingga akar akan menjadi tunggul kenangan dan mungkin juga terbinanya busut jantan. Kesuburan atau kerosakan sesebuah pohon pula mesti dipengaruhi oleh tanah yang didiaminya atau iklim hawa kawasan sekitarnya.

Kembali kepada metadologi susana bagi sesebuah negara ia boleh diibaratkan sebuah phon yang berkembang teguh memayungi apa yang ada dibawahnya atau menumpang disekitar dahannya. Bila akar bertaut mencengkam kukuh tanah agar tidak mudah rebah bila angin mahupun air bah datang meredah. Tanah yang subur memberi protein yang cukup untuk menghasilkan tisu daun yang segar agar cahaya dapat diserap dengan banyak dapat mengukuhkan lagi tahap kepejalan kayunya. Ia adalah satu ciptaan yang hanya maha ESA.

Pegkhianat akan wujud dimana-mana sahaja bahagian pohon ini dan akan menjadi parasit yang menyedut zat dan nutrien dari batangnya. Mereka juga boleh menjadi sang ulat yang akan meratah setiap helaian daun setiap masa sehingga masuk ke dalam kepompongnya. Semut akan bersarang dan merosakkan fizikalnya atau melobangi rantin-rantingnya. Burung akan bersarang dan meninggalkan tahi-tahinya namun ada sedikit manfaat buat pohon itu. Pohon parasit juga akan tumbuh di celahan rantingnya sehingga akan cuba merebut sinaran cahayanya. Jika pohon itu kuat dan subur maka buahnya akan diraih makhluk sekitarnya.Bunganya akan menjadi sumber madu bagi kumbang dan lebah yang menghisapnya. Dari akar sehingga pucuknya jika terdedah kepada perosak maka dimana phon itu mahu bergantung? Jika takdir yang diharapkan jadilah ia sebuah phon yang hanya bertahan pada satu zaman. Jika komuniti yang menumpangnya saling menjaga dan bekerjasama maka pohon tersebut akan hidup berzaman-zaman sehinggan menjadi kuat dan kuasa penciptanya sahaja yang mampu merubahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang