Posts

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

 Setelah melepasi tempoh enam bulan terbentuknya kerajaan perpaduan dengan dasar baharu dengan menggunakan konsep Madani kesuburannya harus sentiasa dijaga rapi. Sememangnya umum mengetahui pelbagai masalah diwarisi malah semakin sarat dengan persepsi negatif yang telah berlaku kesan daripada kerajaan sebelumnya. Pembaharuan yang dibawa untuk sebuah kerajaan adalah amat dinantikan apatah lagi Kerajaan PH yang pernah menerajui negara hanya selama 22 bulan tidaklah boleh dibanggakan. Kemerosotan bertambah teruk apabila kerajaan menggantikan selepas itu yang menyaksikan pergolakan dan pertukaran tampuk pemerintahan menjadikan prestasi negara dipacu dengan agak lemah. Kini kerajaan baharu yang disertai oleh 19 buah parti ini perlulah menggunakan strategi terbaik bagi mempromosikan apa langkah pembaharuan yang telah dibuat bukan sekadar membenarkannya diketahui atau dilupakan sahaja. Pengalaman 22 bulan yang lalu harus diambil berat bagi menangkis dan menghapuskan segala tohmahan serta pole

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang

 Penggal lalu adalah permainan politik paling tidak seimbang angkara percaturan beberapa ketua gerombolan menyebabkan lahirnya gelaran mantan Perdana Menteri bertambah sehingga empat orang. Bermula dari tumbangnya gerombolan parti yang telah menjadi penyandang dalam tempoh beberapa dekad, perebutan dan peralihan kuasa serta tampuk pemerintahan negara bertukar ganti. Bermula dengan seorang mantan kembali memegang jawatan selama 22 bulan kemudian digantikan dengan seorang yang hanya mampu memegang pula selama 17 bulan seterusnya yang terakhir selama 15 bulan sebelum pembubaran penggalnya. Kini penggal baharu yang berakhir dengan keputusan tiada satu pun gerombolan yang berjaya menjadi pihak penyandang. Gabungan dari beberapa gerombolan perlu disepadukan bagi membolehkan mereka menjadi kerajaan dan mendapat tampuk kekuasaan bagi mengetuai kerajaan yang akan menjalankan Urusan Seri Paduka Baginda. Setelah Lima bulan berlalu Maka bermulalah episod yang membimbangkan dengan sindrom penggal l

Madani di Minda Masyarakat

 Setiap pelantikan seorang Perdana Menteri Malaysia akan muncul sebuah slogan baharu bagi menunjukkan sebuah gagasan pimpinannya.  Semua pemimpin punya idea dan cita rasa sendiri dalam menentukan corak serta citra kepimpinannya malah gaya yang perlu disokong oleh segenap pasukannya. Sesiapa yang telah celik politik pada awal 90 an akan mudah mengingati idea madani ini namun ianya tidak bertahan lama kerana pergolakan politik yang membantutkan publisitinya. Selalunya segenap lapisan masyarakat sentiasa melayani dan menghormati apa jua idea serta gagasan seorang pemimpin selama ini sehingga kini sepuluh orang Perdana Menteri bersilih ganti. Slogan Madani adalah satu wadah yang amat besar dan berat yang secara logiknya agak sukar direalisasikan kerana membersihkan sebuah kapal dari kotoran badan, lantai, pekakas serta awak-awaknya memerlukan mujahadah yang terlalu teguh. Sekarang masyarakat melihat berdirinya seorang Perdana Menteri yang perlu menjaga hati pihak kanan dan kirinya, belakan

POLITIK PEMBAHARUAN (ISLAH) REFORMASI MULA BERBUAH

  Setelah merayakan demokrasi pada November tahun lepas, negara ini sekali lagi tercipta sejarah dimana tiada pihak yang boleh menubuhkan kerajaan. Maka terjadilah peristiwa tergantungnya parlimen melepasi tempoh hampir dua minggu. Inilah masanya sebuah negara demokrasi dengan raja berpelembagaan diuji dalam situasi yang boleh menjadi pertembungan emosi dikalangan rakyat terutamanya penyokong parti-parti yang bertanding. Apabila tiada satu parti yang boleh membentuk kerajaan buat kali pertama dalam sejarah negara tanah airku yang tercinta ini maka kebijaksanaan ulil amri amat didambakan dalam mencaturkan bagi membentuk sebuah kerajaan. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung melalui mandat oleh Majlis Raja-raja telah membuahkan satu saranan yang boleh dikatakan idea baharu iaitu mendamaikan beberapa buah parti yang sebelum ini amat ketat permusuhan dikalangan mereka. Disinilah fungsi Raja Berpelembagaan terserlah dengan menjadi 'Dipertua' yang memberi petua bagi mengelakkan s

RAYA DEMOKRASI DATANG LAGI

 Tanggal 10 Oktober 2022, penggal pemerintahan berparlimen di Malaysia ke-14 telah dibubarkan oleh Perdana Menteri ke-9 dengan beberapa alasan yang boleh dianggap munasabah. Maka bermulalah gendang pesta demokrasi yang lebih dikenali sebagai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Penggal yang telah berusia empat tahun lebih telahpun berlalu dengan melakar beberapa sejarah yang boleh menjadi satu subjek akademik untuk diteladani. Pada penggal inilah sebuah parti yang memerintah selama lebih enam dekad tumbang ditangan majoriti rakyat. Pelbagai rekod yang menjadi takdir dan cerita dari berita besar dan menggemparkan hasil dari sistem demokrasi sebuah negara komanwel. Perdana Menteri keempat telah dilantik menjadi Perdana Menteri ke-7 oleh mandat pihak yang pernah menjadi musuh dan pembangkang di era pemerintahannya terdahulu. Penggal ini juga menjadi berita sensasi apabila seorang raja diturunkan takhta kerajaan oleh majlis raja-raja. Sejrah melakar peristiwa yang dramatik dari demokrasi golon

POLITIKUS STRATEGIS YANG MEMPUNYAI STRATEGI YANG STRATEGIK AKAN SENTIASA MENANG

Sekarang sudah berlalu tahun ke 20 bagi era milenium kehidupan manusia di muka bumi ini sejak ketamadunan-ketamadunan awal purba sejak ribuan tahun dahulu. Manusia sentiasa berkembang biak sejak sepasang suami isteri (Adam dan Hawa) yang dikeluarkan dari syurga oleh Sang Maha Pencipta.   Manusia sebagai pentadbir (khalifah) di amanahkan untuk mengawal selia bumi sebagai rumah tempat kediaman mereka sehingga suatu hari yang dinamakan hari kiamat (kehancuran alam semesta) dan kuasa ini sebenarnya datang dari pengaturan dan takdir yang telah tertulis dalam satu kitabnya di lauh mahfuz.   Zaman moden berteknologi hari ini manusia masih meneruskan tugas mereka menjadi khalifah dalam memakmurkan bumi yang dahulunya mati dan manusia yang berkuasa dilantik menjadi penguasa yang berkuasa atas sesuatu kaumnya. Manusia berkuasa yang menjadi ketua dipanggil raja, presiden, perdana menteri atau dengan panggilan lain diseluruh dunia telah menanggung amanah ini.   Salah satu cara untuk mendapat kuasa

PARTI IMPIAN SAYA (PARIMAYA) BAHAGIAN 2

Image
Parti-parti politik mempunyai visi dan misi masing-masing dengan objektif melalui perlembagaan masing-masing. Tujuannya adalah untuk mendapatkan mandat supaya dapat merealisasikan idealisma dalam menggerakkan jentera kerajaan mengikut hala tuju pimpinannya. Dalam budaya demokrasi hari ini, bermula dengan masyarakat setempat mereka mempunyai kehendak atau keperluan yang perlu dikelola dengan urus tadbir oleh pemimpin tempatan. Inilah dasar dan kaedah yang cuba di corak oleh sebuah parti impian dalam mewujudkan keberkesanan pentadbiran dan melicinkan jentera pentadbiran dari peringkat kerajaan tempatan, kerajaan negeri seterusnya kerajaan persekutuan. Parti impian ini bermula dengan mewujudkan sistem tadbir urus di peringkat blok kejiranan yang diwakili oleh ketua keluarga atau wakil bagi setiap lima hingga sepuluh orang. Perwakilan masyarakat bermula dengan ketua blok kejiranan yang akan mewakili 50 sehingga 100 buah keluarga yang menjadi wakil bagi mesyuarat majlis penduduk di peringka