Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani
Setelah melepasi tempoh enam bulan terbentuknya kerajaan perpaduan dengan dasar baharu dengan menggunakan konsep Madani kesuburannya harus sentiasa dijaga rapi. Sememangnya umum mengetahui pelbagai masalah diwarisi malah semakin sarat dengan persepsi negatif yang telah berlaku kesan daripada kerajaan sebelumnya. Pembaharuan yang dibawa untuk sebuah kerajaan adalah amat dinantikan apatah lagi Kerajaan PH yang pernah menerajui negara hanya selama 22 bulan tidaklah boleh dibanggakan. Kemerosotan bertambah teruk apabila kerajaan menggantikan selepas itu yang menyaksikan pergolakan dan pertukaran tampuk pemerintahan menjadikan prestasi negara dipacu dengan agak lemah. Kini kerajaan baharu yang disertai oleh 19 buah parti ini perlulah menggunakan strategi terbaik bagi mempromosikan apa langkah pembaharuan yang telah dibuat bukan sekadar membenarkannya diketahui atau dilupakan sahaja. Pengalaman 22 bulan yang lalu harus diambil berat bagi menangkis dan menghapuskan segala tohmahan serta ...