KURSUS INDUKSI UNTUK PARA MENTERI

Setelah melebihi lima bulan sebuah kabinet baru walaupun mempunyai beberapa orang yang telah lama dan pernah didalam kerajaan masih hebat mendapat kecaman dan tular di media soasial sejak kebelakangan ini. Sememangnya mereka diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang mendapat kepercayaan oleh majoriti kumpulan atau gabungan sebuah parti yang telah menang majoriti dapat membentuk sebuah kerajaan persekutuan yang baharu adalah yang paling berpengalaman kerana lebih dua dekad memegang jawatan tersebut dalam berlainan pasukan. Begitu juga ada beberapa menteri yang sebelum ini telah berada didalam kabinet semasa berada dibawah rejim yang lama.



Pada kali ini, buat pertama kalinya sebuah kerajaan yang baharu tidak pernah membentuk kabinet persekutuan dan hanya mempunyai pengalaman diperingkat kerajaan negeri dan sebelumnya berada dalam pasukan pembangkang. Bila dikategorikan baharu bermakna ia masih mentah dan tidak mempunyai pengalaman dalam menjadi seorang menteri. Jika di universiti pelajar baru akan diwajibkan untuk menjalani sesi induksi supaya ia dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu. Begitu juga apabila seseorang memasuki alam pekerjaan mereka akan mula menjalani tempoh percubaan atau menghadiri kursus induksi bagi memantapkan profesion mereka dalam sesebuah organisasi. Maksud induksi ialah mengikut kamus dewan iaitu pengenalan kepada organisasi atau jawatan, tugas yang melibatkan pekerjaan yang baru.


Apakah para menteri yang baharu ini perlu menjalani proses induksi? Jawatan seorang menteri kabinet adalah lantikan dan perkenan oleh DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong dan perlu mengangkat sumpah jawatan dan ikrar taat setia. Seorang menteri tidak boleh melanggar apa yang telah diikrarkan oleh mereka kerana mereka telah mendapat kuasa bagi menjalankan tugas serta tanggungjawab yang besar kepada parlimen. Setiap Ahli Jemaah Menteri akan tertakluk kepada sumpah jawatan dan sumpah 54 Perlembagaan Persekutuan setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam. Mereka akan mendapat nasihat daripada pegawai kerajaan dalam berhubung kuasa-kuasa yang telah diperuntukan kepada mereka bagi menjalankan kerja-kerja pentadbiran melalui arahan-arahan melalui  akta-akta dalam sesebuah kementerian.

Akhir-akhir ini sebilangan mereka yang masih baharu ini menjadi bahan bualan dan komentar di sosial media kerana terkhilaf atau membuat perkara-perkara yang sensitif sehingga menjadi isu dan mendapat komen negatif dikalangan masyarakat. Mereka juga tidak harus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak mencerminkan kedudukan mereka sebagai seorang menteri kerana kesannya adalah besar. Setiap kenyataan menteri akan dianggap sebagai satu arahan yang mencerminkan sebuah dasar kementerian yang diketuainya. Begitu juga kelakuan mereka bukan lagi seperti seorang warganegara biasa kerana contoh teladan dan peribadinya menjadi perhatian umum serta boleh memberikan impak kepada sesebuah kerajaan didalam pasukannya.

Secara umum dan rasionalnya bagi sebuah kerajaan yang baharu ini Perdana Menteri boleh menyarankan agar barisan kabinetnya atau jemaah menteri menjalani satu sesi khas hujung minggu sepertimana setiap pegawai kerajaan untuk memahami, membiasakan dengan prosedur-prosedur dan arahan-arahan pentadbiran. Ia juga sebagai persediaan serta perkongsian ilmu dalam mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan sebagai seorang menteri demi menjaga imej sesebuah institusi dan negara secara amnya. Walaupun menjadi seorang menteri dan mempunyai latarbelakang yang profesional namun sebagai seorang manusia secara semulajadi tidak akan terlepas dengan kelemahan dan kekurangan dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat dan negara itu pada tahap yang cemerlang. Sepertimana seorang anggota pentadbiran awam yang menjalankan urusan seri paduka baginda perlu menjalankan amanah yang terbaik kerana berseuaian dengan moto baharu kerajaan iaitu Saya yang menjalankan amanah.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang