Posts

Showing posts from 2018

KURSUS INDUKSI UNTUK PARA MENTERI

Image
Setelah melebihi lima bulan sebuah kabinet baru walaupun mempunyai beberapa orang yang telah lama dan pernah didalam kerajaan masih hebat mendapat kecaman dan tular di media soasial sejak kebelakangan ini.  Sememangnya mereka diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang mendapat kepercayaan oleh majoriti kumpulan atau gabungan sebuah parti yang telah menang majoriti dapat membentuk sebuah kerajaan persekutuan yang baharu adalah yang paling berpengalaman kerana lebih dua dekad memegang jawatan tersebut dalam berlainan pasukan. Begitu juga ada beberapa menteri yang sebelum ini telah berada didalam kabinet semasa berada dibawah rejim yang lama. Pada kali ini, buat pertama kalinya sebuah kerajaan yang baharu tidak pernah membentuk kabinet persekutuan dan hanya mempunyai pengalaman diperingkat kerajaan negeri dan sebelumnya berada dalam pasukan pembangkang. Bila dikategorikan baharu bermakna ia masih mentah dan tidak mempunyai pengalaman dalam menjadi seorang menteri. Jika di univ...

DRAMA POLITIK KEMBALI SEGAR SEMULA

Setelah berakhirnya penggal ke-13 yang menjadi yang terakhir dalam sejarah Malaysia dengan tamatnya penguasaan Parti Barisan Nasional yang telah memerintah selama hampir 61 tahun. Tiada siapa menduga dan ramai yang terkejut dengan kebolehan satu pakatan parti yang baharu dan pembangkang yang sekian lama bertanding dapat menewaskannya. Parti-parti pembangkang yang selama hampir dua dekad bertanding dengan pelbagai gabungan bermula dengan era Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kemudiannya membentuk Pakatan Harapan akhirnya dapat melobi rakyat dengan sokongan majoriti membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu Kerajaan Pakatan Harapan. Nadi rakyat pada penghujung berakhirnya penggal ke-13 telah membuat keputusan untuk menumbangkan parti yang sekian lama menjadi kerajaan. Momentum ini menyebabkan para politikus terkedu kerana mendapat kekalahan serta terkejut dengan berita kemenangan. Bagi pihak yang menang mereka tidak menyangka kuasa rakyat memenangkan mereka begitu juga pihak y...

Pertembungan & Pergabungan

Pakatan Harapan adalah garapan dari gabungan dua tokoh terkemuka dalam arena politik tahun 90an. Mereka adalah regu yang sukar ditandingi kawan dan lawan dalam gandingan kuasa termantap pada ketika itu. Kelompok sosialis dan konservatif tidak mendapat tempat dikalangan majoriti rakyat kerana sejak zaman penerapan nilai2 islam serta dasar penswastaan yang memberikan peluang pekerjaan rakyat terbuka luas. Seorang yang mempunyai pengaruh golongan muda dan ‘moderate islamis’ dibawa masuk didalam kabinet yang diketuai oleh seorang ‘ultra nasionalis’ yang meletakkan wawasan 2020 dan imej masyarakat madani menjadi kepercayaan kebanyakan golongan profesional melayu dan masyarakat luar bandar. Kini walaupun regunya terpenjara namun semangat toleransi dan gagasan gabungan pembangkang yang ‘defactonya’ adalah beliau sekali lagi bergabung dalam satu pakatan yang hampir sama malah lebih kukuh lagi dengan penyertaan bekas musuh mereka pada era 1990 iaitu DAP. ...

Politik Diluar Kemungkinan

Politik diluar segala kemungkinan dengan sejarah yang melakar beberapa kesan dan parut tetapi perbezaan cara berfikir membuatkan mereka bersama dalam motif penentu kemenangan. 20 tahun yang lalu mereka adalah regu wawasan namun bila ada penasihat berkepentingan maka kedua-duanya bermusuhan membentuk blok politik yang saling bertentangan. Tun M adalah pelakar sejarah politik dengan pelbagai insiden dan beliau berkuasa selepas amanat haji hadi, pengharaman UMNO 1987 serta penubuhan S46 dan APU (Angkatan Perpaduan Ummah). Beliau sekali berdepan dengan Era Reformasi selepas insiden 1998 dengan BA (Barisan Alternatif) ditubuhkan tetapi mengekalkan kemenangan pada PRU 1999. Selepas persaraannya, kemenangan besar pd PRU 2004 oleh penggantinya Tun Abdullah mampu bertahan hanya sepenggal selepas dinafikan kekalahan pada 2008 oleh Pakatan Rakyat. Kini sekali lagi dalam pusingan dua dekad sejarah kembali tercipta dengan gabungan lebih besar dari paka...

Politik Era Baharu Kerajaan Baharu

Image
Terdetik untuk saya meluahkan tentang polemik di persada ruang maya berkenaan dengan kisah dan babak-babak yang terjadi setelah lebih dua bulan, majoriti Rakyat Malaysia berani menukar kerajaan yang menjadi pemerintah dari zaman berzaman. Kerajaan yang baharu sahaja ditubuhkan kali ini adalah kerajaan yang bersifat campuran hasil permuafakatan dan persepakatan dari lima parti yang empat daripadanya dari semenanjung. Mereka semua berjaya mengenepikan semua perbezaan demi mewujudkan satu gabungan kuat membentuk majoriti bagi menguasai kerajaan baharu yang dikenali Pakatan Harapan (PH). Ia adalah tunas baharu dari pohon-pohon lama yang dahannya selalu patah akibat proses pereputan pohon besar yang menjadi puaka selama ini yang menguasai lembah buana semenanjung dan sebahagian borneo di kepulauan nusantara ini. Umumnya kita akan fahami bahawa setiap tunas yang baharu mahu mengeluarkan daun untuk proses fotosintesisnya akan terdedah dengan pelbagai risiko yang akan m...