Negara Tan Tin Tun 2
Bila generasi bangsawan diberi pendidikan dan ditanam dengan 'dogma' pemikiran yang condong dengan sistem kebaratan maka lebih mudah bagi penjajah menyusuri laluan. Tanpa bersusah payah untuk menapis tentangan walaupun masih ada segelintirnya yang mahu berlawan namun dengan senjata dan kuasa sedia ada amat mudah dipatahkan. Jika ada raja mahu melawan maka mereka akan hidup dalam buangan maka sesiapapun tidak mahu hilang takhta kerajaan walaupun kuasa di telunjuk si penjajah. Zaman revolusi industri dan kemerdekaan ke arah pemerintahan demokrasi telah menjadi fenomena menjadikan sistem penjajahan barat (kolonial) semakin ketinggalan dan mendapat tentangan. Teori pemerintahan rakyat dan revolusinya merebak ke serata dunia atas nama kebebasan. Sistem khalifah berjaya dirobohkan seterusnya berpecahlah wilayah naungan menjadi tidak bertuan. Munculnya negara berteorikan Komunisme, Sosialisme dan Nasionalisme menjadikan pemikiran golongan pertengahan inginkan kemerdekaan dengan ...