POLITIK YANG MECIPTA SEJARAH, REKOD BAHARU DALAM SENI POLITIK
Negara ini menjadi semakin sensasi akibat permainan politik yang semakin berani dan jauh dari seni terdahulu tetapi semakin melanggar tradisi memecah rekod terbaru serta mencipta versi terkini.
Siapa sangka sejak PRU14, rejim yang memerintah selama 60 tahun ditumbangkan oleh bekas Perdana Menteri paling lama berkuasa dengan bergabung bersama musuh tradisinya kemudiannya menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
Kemudian rekod terbaru adalah wanita pertama menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri yang juga seorang isteri bekas penjawat jawatan yang sama dan seorang isterinya. Sejarah tercipta apabila parti-parti pembangkang yang tidak pernah menjadi kerajaan persekutuan berjaya mendapat pejabat di Putrajaya.
Setelah 22 bulan memerintah, mereka telah ditumbangkan oleh rakan parti komponen dengan apa yang digelar pengkhianatan namun didalam politik semuanya tidak menjadi masalah kerana perbezaan pendapat adalah punca kuasa bagi menjadi orang yang berkuasa. Sejarah tercipta apabila sebuah parti baharu yang pertama kali masuk gelanggang pilihanraya telah mendapat jawatan Perdana Menteri buat kali kedua aiatu Perdana Menteri Ke 7 dan ke 8 dari parti yang sama.
Sejarah tercipta apabila seteru politik didalam PRU yang lalu kembali menyatu dengan membentuk kerajaan baharu. Rekod baharu terus tercipta dengan meneraju kerajaan selama hampir 18 bulan kemudiannya tumbang pula akibat perbalahan dan hilang percaya bersama. Timbalan Perdana Menteri yang baharu dilantik setelah dua bulan akhirnya menjadi Perdana Menteri ke 9 akibat langkah keluar rakan separtinya yang setia mengikut arahan. Buat pertama kalinya Presiden partinya tidak menjawat jawatan Perdana Menteri seperti tradisinya.
Seni berpolitik diluar jangkauan pemikiran bagi politikus purba dimana kiasan musuh dalam selimut, musang berbulu ayam atau kaca menjadi permata seolah-olah terpancar secara jelas bagi sesiapa yang berfikir sejenak. Ia bukannya sekadar sandiwara tetapi ia adalah langkah silat politik yang tidak memerlukan jurus maut tetapi kelicikan aksi drama yang nampak kalut dan kelaut tetapi menjadi kabut propaganda yang berjaya.
Bagi rakyat biasa mereka hanya nampak pertelingkahan demi pertelingkahan hanya membuang masa dari fokus menjalankan jentera pentadbiran. Bagi mereka yang berada didalam gelanggang ia adalah seni pertaruhan yang membenam dan melemaskan sesiapa yang tertewas. Segalanya telah mencipta banyak sejarah dan rekod baharu dimana politik bukan lagi mengikut tradisi tetapi penuh dengan gerak tari yang bersangsi berbasa-basi serta penuh dengan duri yang akan melukakan sesiapa jua yang tidak sedari.
Bagaimana mereka berpakat dibawah satu persefahaman lalu mengkhianati ikatan tersebut bagi menumbangkan kerajaan yang mereka sendiri dirikan kemudian kembali semula bertaut dalam satu semangat setiakawan yang baharu dengan melahirkan seorang ketua kerajaan yang sama ditumbangkan. Inilah sejarah persembahan pentas drama bangsawan politik yang memecah rekod tradisi dan semua ini sebenarnya adalah untuk mengembalikan tradisi parti yang menjadi pemerintah sekian lama untuk memegang jawatan sebagai seorang Perdana Menteri.
Comments
Post a Comment