Rakyat Salah atau sifat YB teserlah.
Rakyat atau pengundi telah membuat salah atas pilihan mereka semasa PRU14 dahulu dengan melulu memilih wakil rakyat mereka. Majoriti rakyat telah memilih kerajaan yang tidak stabil sehingga boleh hilang majoriti sekelip mata atas ketidakpercayaan sebahagian YB sehingga tertubuh kerajaan baharu. Kerajaan tersebut diwakili oleh satu ‘coalition’ digelar Perikatan Nasional yang menggabungkan kesemua pembangkang dengan kumpulan yang hilang kepercayaan kepada Pakatan Harapan. Hampir seluruh dunia telah dilanda Covid19 menyebabkan kehidupan manusia beralih kepada apa yang boleh dianggap ‘darurat lembut’ akibat kekhuatiran kerajaan yang binbang kesan kepada ekonomi negara. Perdana Menteri yang baharu mentadbir kerajaan dengan barisan kabinet baharu setelah mendapat majoriti nipis dan boleh dikatakan sekarang pemerintah 50-50. Sejumlah 73 Menteri dan Timbalan Menteri telah dilantik bagi membantu PM sebagai pentadbir bagi segala Urusan Seri Paduka sebagai kerajaan persekutuan. Perintah Kawa...