PINTU BELAKANG DAN CERITA BELAKANG POLITIK LONGKANG

Kisah politik negara sekitar dua dekad kebelakangan ini masih dengan cerita sama yang diulang semula malah seolah-olah menjadi budaya yang diterima oleh semua. Walaupun rasa malu mengapa hal-hal moral diluar batasan ini menjadi modal orang politik untuk berbalah sesama sendiri namun terpaksa dihadapi oleh semua. Ianya telah menjadi topik hangat media dan polemik dari kaca layar setiap peranti kawalan dihujung jari menjadi sensasi. Apa sudah jadi dan apa yang perlu diberitahu kepada setiap generasi negara ini mempunyai cerita politik kotor nafsu-nafsi mereka yang bertelagah mahukan kuasa atas kapasiti peribadi atau demi populariti sebuah parti.

Sejak dua puluh tahun kebelakangan ini bukan sahaja masih berlegar dua sosok antara seorang memanda yang memerintah lama dengan bekas timbalannya keluar masuk penjara, ditayangkan pula dengan kisah seorang presiden dan timbalannya juga dalam cerita yang sama berkisar tentang skandal 'main belakang' ini. Tiada cerita tentang keperwiraan membela nasib rakyat derita dan kisah juang anak bangsa melawan musuh nyata tetapi alangkah malunya masih dengan kisah perangai buruk mereka yang bernafsu songsang. Kisah yang sentiasa menjadi bualan berita tentang mangsa dimangsakan oleh pemangsa yang merupakan orang yang berkuasa. Adakah ini tahap minda rakyat Malaysia yang dibuai oleh sengketa mereka dengan cerita buruk perbuatan yang terkutuk hingga Tuhan sendiri menceritakannya dalam kitab agung Al-Quran bagaimana satu negeri diterbalikkan buminya atas kejahatan yang melakukan perkara songsang menyimpang dari naluri sebenar seorang manusia.

Cerita tentang daulah terpendam atau gerakan menubuhkan kerajaan secara pintu belakang itu tidaklah sehina cerita tentang masalah manusia dengan nafsu yang songsang. Para politikus selalunya membawa kisah suka duka rakyat dalam meneruskan kehidupan dengan keperitan atau suara pejuang memperjuangkan nasib rakyat bawahan. Namun cerita purba itu diulang kembali dengan pelakon yang sama namun mangsa yang berbeza, pemangsa baharu dengan mangsa yang baharu tetapi ia tetap mempunyai skrip sama dalam meraih populariti atau membunuh watak itu dan ini. Puncak kuasa itu ingin diraih dan direbut namun masih kalut dan serabut tentang cerita nafsu songsang dan main belakang seperti tiada kesudahan.

Rakyat terbanyak sering dialpakan dengan harapan kerana apa yang ditakdirkan seolah dipermainkan oleh mereka yang menjadi orang politik dengan meraih kemenangan segala janji yang bertaburan itu seolah reput dan lunyai dimamah waktu. Amat malu untuk diakui politik yang dihidangkan itu adalah jalan menjaja benci dan hasil bakaran cerita sensasi yang berkisar pelaku keji aib sendiri dijaja kesana sini demi meraih isu menjadi berita dan cerita sensasi. Beginikah sebuah negara yang mahu maju dan lebih bertamadun namun cerita songsang pintu belakang masih diadun untuk ditonton, sentiasa dimasak sebagai hidangan semua membuatkan gred orang politik ini boleh membusuk seperti sampah, pekung yang bernanah dan masyarakat seperti tidak endah dan membiarkannya mejadi barah. Hinanya aku kerana terpaksa hidup didunia ini yang menjadi penonton kepada pelaku yang beraksi dengan babak-babak songsang kejian dan makian para politikus rakus menjaja cerita belakang bergelumang dengan agenda busuk dan haprak minda longkang yang tidak henti-henti cerita dari celah kangkang.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang