PINTU BELAKANG DAN CERITA BELAKANG POLITIK LONGKANG
Kisah politik negara sekitar dua dekad kebelakangan ini masih dengan cerita sama yang diulang semula malah seolah-olah menjadi budaya yang diterima oleh semua. Walaupun rasa malu mengapa hal-hal moral diluar batasan ini menjadi modal orang politik untuk berbalah sesama sendiri namun terpaksa dihadapi oleh semua. Ianya telah menjadi topik hangat media dan polemik dari kaca layar setiap peranti kawalan dihujung jari menjadi sensasi. Apa sudah jadi dan apa yang perlu diberitahu kepada setiap generasi negara ini mempunyai cerita politik kotor nafsu-nafsi mereka yang bertelagah mahukan kuasa atas kapasiti peribadi atau demi populariti sebuah parti. Sejak dua puluh tahun kebelakangan ini bukan sahaja masih berlegar dua sosok antara seorang memanda yang memerintah lama dengan bekas timbalannya keluar masuk penjara, ditayangkan pula dengan kisah seorang presiden dan timbalannya juga dalam cerita yang sama berkisar tentang skandal 'main belakang' ini. Tiada cerita tentang keperwira...