VIRAL POLITIK MEDIA SOSIAL

Perebutan kuasa terus berlaku dan babak-babak yang mempengaruhi sentimen manusia sejagat terus dihujani dengan pelbagai polemik politik yang terus menggoncang dan menggegarkan negara. Semua orang tahu dan boleh berfikir segala isu yang timbul adalah permainan politik yang tiada kesudahan.

Orang politik sebenarnya mahukan cerita dan berita yang boleh menggegarkan suasana dan yang paling penting mengguntungkan pihak mereka. Setiap konspirasi yang dirancang dan berlaku telah diatur sedemikian rupa agar perancangnya mendapat laba dari apa yang berlaku. Semua cerita yang menjadi tajuk berita dan cerita semasa di media sosial bertujuan untuk apa dan kepada siapa kerana ada yang akan terkena dan akibat baik serta buruknya kepada sesiapa sahaja namun puncanya boleh dianggar kepada penerima faedahnya.

Drama politik atau ceritera politik bukan hanya untuk pilihanraya atau musim pemilihan bagi merebut jawatan untuk mendapatkan punca kuasa semata-mata. Setiap hari atau secara mingguan akan ada sahaja dendangan lagu buatkan ramai yang tersipu-sipu atau haru-biru dengan sebaran pelbagai cerita menjadi bahan bualan mulut ke mulut atau dari kaca ke kaca peranti mudah alih di setiap tangan manusia.

Kuasa pada zaman ini amat didamba oleh mereka yang inginkan amanah dan tanggungjawab yang besar sehingga mengadu-domba atau membuat apa sahaja demi populariti atau dapat menyakinkan para pengundi. Drama yang bukan menjadi bahan siaran rasmi stesyen tv tetapi ia boleh menjadi sensasi dan berlegar menjadi viral kepada segenap lapisan masyarakat didendangkan setiap kali berkomunikasi. Babak-babaknya wujud dalam pelbagai versi dan bersiri supaya ianya sentiasa diingati dan mudah mempengaruhi sesiapa jua hingga menjadi bahan berita semasa.

Zaman sekarang semua orang sibuk dengan skrin yang digesek jari buka sahaja mata dipagi hari mencari peranti mudah alih mereka untuk hiburan mata apa cerita atau apa berita yang terjadi dan dinanti. Media baharu ini yang dicipta untuk mejadi alat manusia berkongsi komunikasi tanpa ada tapisan dan amat pantas sampai dan hanya menggunakan jari segala maksud dan tujuan dicapai sesuka hati. Semuanya menjadi bahan hinggakan kepada mereka yang tidak mengikuti perkembangannya akan dianggap ketinggalan dan terkebelakang dalam alam pergaulan. Manusia zaman peranti kaca seperti dukun yang boleh menyingkap tabir dunia lain yang dikenali sebagai alam maya tanpa negara juga tanpa pihak berkuasa.

Teruja untuk berkuasa membuatkan manusia itu kadangkalanya membuat perkara luar biasa dan sering terlupa batas dan peraturan. Ada juga sekelompok manusia yang suka berjenaka, bersuka-ria serta membelakangkan akhlak dan norma sebagai manusia yang bertamadun sempurna malah apatah lagi takut dimurka oleh Yang Maha Kuasa Raja Atas Segala Raja.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang