BERPOLITIK DAN GEOPOLITIK
Manusia hidup bermasyarakat dalam membentuk komuniti bagi menguruskan bagaimana mereka boleh hidup dengan selesa tanpa mendapat banyak masalah yang menjejaskan kualiti kehidupan.
Bagaimana manusia boleh menguruskan manusia? Ia melalui kuasa politik yang akan diraih melalui sistem pilihanraya bagi meralisasikan sebarang idea atau mendapat kuasa bermula dari Majlis Berkuasa Tempatan sehingga kepada Anggota Kabinet yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri.
Semua wakil-wakil rakyat sama ada sebagai Ahli Parlimen (MP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipilih atau dilantik apabila berjaya meraih sokongan majoriti sesuatu kawasan geografi tertentu. Inilah demokrasi yang dibina melalui pembahagian kawasan-kawasan tersebut yang akan diwakili seorang MP dan dua atau lebih ADUN sebagai suara mereka dalam melontarkan apa jua permasalahan juga sebagai pengundi sebarang rang undang-undang yang diusulkan oleh pentadbiran kerajaan.
Semua kawasan mempunyai masalah dan setiap masalah perlu diutarakan bagi diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab dan rakyat akan medapat manfaat secara umum. Kebanyakan masalah secara amnya setiap kawasan adalah sama terutamanya berkenaan isu infrastruktur serta perkara yang melibatkan pendapatan serta kos perbelanjaan. Kawasan yang paling untung adalah yang mempunyai wakil mereka memegang jawatan serta mempunyai kuasa yang lebih besar seperti Menteri diperingkat persekutuan atau ahlimajlis mesyuarat kerajaan negeri. Kawasan tersebut akan mempunyai kelebihan untuk mendapat lebih manfaat kerana kelebihan mempunyai ahli yang yang mendapat jawatan penting dalam kerajaan.
Di Malaysia, wakil bagi semua kawasan yang bergelar MP berjumlah 222 dengan 10% daripada mereka mempunyai jawatan dalam kabinet atau memegang apa-apa jawatan dalam pentadbiran persekutuan. Jika dilihat melalui apa yang tercatat dalam sejarah yang lalu kebanyakan projek atau program yang dijalankan akan melibatkan kawasan yang diwakili oleh mereka. Begitulah kesannya geopolitik yang membuatkan ia boleh mempengaruhi setiap kawasan seiring dengan siapa yang mewakili dan peluang wakil rakyat itu mendapat jawatan yang akan membolehkan peluang sesuatu kawasan mempunyai kelebihan dari kawasan lain. Walaubagaimanapun agihan setiap peruntukan dan projek dari kerajaan persekutuan atau negeri semestinya diagihkan kepada semua kawasan cuma kelebihan tertentu semestinya bagi mereka yang mempunyai wakil yang berjawatan kerana ia telah menjadi lumrah dari segi tatacara atau budaya pentadbiran.
Agak malang juga bagi kawasan yang sekian lama memilih wakil kerajaan sebagai Ahli PArlimen mereka namun wakil tersebut kurang aktif atau berpeluang mencipta nama sebagai anggota kerajaan yang rapat dengan pentadbiran awam. Budaya hormati pemimpin oleh ketua-ketua jabatan secara tak langsung akan meminggirkan kawasan-kawasa yang jarang diketengahkan oleh kerana wakilnya jarang kelihatan oleh 'mata' dan 'kepala' kerajaan.
Agak malang juga bagi kawasan yang sekian lama memilih wakil kerajaan sebagai Ahli PArlimen mereka namun wakil tersebut kurang aktif atau berpeluang mencipta nama sebagai anggota kerajaan yang rapat dengan pentadbiran awam. Budaya hormati pemimpin oleh ketua-ketua jabatan secara tak langsung akan meminggirkan kawasan-kawasa yang jarang diketengahkan oleh kerana wakilnya jarang kelihatan oleh 'mata' dan 'kepala' kerajaan.
Comments
Post a Comment