Polemik Politik Diplomatik

Politik dunia seperti seiring dengan politik dalam negara seolah-olah ia menari dengan rentak yang sama walaupun kadangkala muziknya mungkin berbeza. Dendangan lirik lagunya tentang korupsi, 'ketidaktanggungjawaban' atau masalah dalaman setiap parti politik apabila menyentuh tentang soal krisis kepimpinan.

Sesebuah parti akan terus utuh dan kukuh jika pemimpin tertingginya mempunyai barisan kepimpinan yang mantap dan amat setia tanpa ada niat mencapbar kuasanya. Ia akan terus berkembang dengan mantap meluaskan pengaruh serta menambah ahli dan penyokongnya. Setiap parti akan lebih bebas menumpukan kepada aktiviti-aktiviti atau apa sahaja program bersama masyarakat bagi meraih sokongan dan populariti.

Dalam era teknologi maklumat yang kian canggih dan pesat berkembangan membuatkan semua parti politik perlu peka terhadap apa saja perubahannya. Jika sesebuah parti tidak mampu menangani dunia maya tanpa sempadan seperti juga dunia realiti yang perlu dihampiri dan disertai supaya tidak ketinggalan dengan apa jua isu yang menjadi isu arus perdana (viral). Mereka boleh rugi dan merosot pularitinya jika tidak peduli dengan apa jua kisah dan berita yang menjadi polemik dikalangan masyarakat internet. Dunia tanpa sempadan memang memerlukan keazaman dan kesungguhan kerana jika sekadar terleka seketika kesannya jika memudaratkan boleh dirasai dalam  jangka masa yang lama untuk dipulihkan semula.

Dewasa ini diplomatik dalam politik telah menjadi satu keperluan kerana masyarakat sekarang dapat menerima apa jua maklumat sama ada benar atau palsu dalam masa yang pantas. Fitnah, pemalsuan fakta atau tuduhan semborono boleh menyebabkan kesan yang agak teruk bagi seseorang tokoh politik ataupun sesebuah parti yang berkuasa ataupun tidak. Sikap toleransi dan tindakbalas yang paling pintar secara diplomatik amat penting kerana jika tersalah fakta atau tersalah menggunakan perkataan yang betul boleh menyebabkan serangan bertubi-tubi para netizen dan akhirnya akan menjadi viral yang boleh merosakkan populariti yang menjadi publisiti murahan yang percuma. Zaman segalanya dihujung jari ini memberi peluang kepada sesiapa jua untuk menyertai perbalahan atau pendebatan sehingga boleh menjadi polemik kerana hanya jari kepada jari tanpa perlu bersemuka dan wajah asli dan amat malang sekali ramai para netizen yang menyamar bersembunyi dengan memalsukan identiti rasmi.

Bila kita melihat apa yang terjadi dan berlaku pada masa kini, seseorang yang hanya popular di media dan dunia internet boleh menjadi presiden tanpa parti. Seseorang yang bukan politikus pada mulanya boleh bertanding dalam pilihanraya kerana pengaruh dan popularitinya meluasnya dalam dunia maya. Sesorang tokoh poltik yang dahulunya penting dan popular boleh tumbang pada bila-bila masa kerana terbabit dalam apa jua imej negatis dan tersebar secara meluas dan menjadi viral di dunia internet. Satu dunia boleh mengecam seseorang jika ia menjadi polemik dalam setiap isu sama ada diperingkat global ataupun dalam isu setempat. Semua parti-parti dan khususnya tokoh-tokoh politik perlu mempunyai kemahiran dan sikap diplomasi yang tinggi dengan pihak-pihak luar dan secara cekap menangani apa jua isu dalam bertindakbalas dengan sebaiknya bagi mengelak dari mendapat kesan buruk dan tragik dalam dunia tanpa sempadan hari ini.

Apabila sesutu isu menjadi polemik di dunia maya, mereka yang menjadi mangsa perlu bjak menanganinya kerana jika tersilap kata maka kesan buruk yang maksima menjadi senjata yang memusnahkan. Setiap isu atau berita propaganda dalam dunia maya adalah seperti peperangan yang melangkaui sempadan dan kesannya walaupun secara maya tapi pengaruh dan prejudisnya akan menjahanamkan sesiapa atau sehebat mana parti itu apabila menjadi mangsa.

Comments

Popular posts from this blog

Bersahsiah dan bersiasah

Publisitikan Wibawa Kerajaan Madani

Bimbang Kerajaan Tumbang, Angkara Kumbang Atau Mambang